Aval Thediyathu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aval Thediyathu
PengarahDato Athy Muthoo
Dibintangi
  • BGW
  • Subashini
  • Sanjna Suri
  • Irfan Zaini
Syarikat
penerbitan
AT Movies
Diedarkan olehPoketplay Films
Tarikh tayangan
10 Februari 2022 (Malaysia, Singapura)
Masa tayangan
2 jam 32 minit
NegaraMalaysia
BahasaTamil

Aval Thediyathu (Tamil: அவள் தேடியது; Melayu: Apa yang dia cari) ialah sebuah filem komedi seram berbahasa Tamil Malaysia 2022. Ia ditayangkan di pawagam pada 10 Februari 2022 di Malaysia dan Singapura.[1][2]

Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang mengetahui isterinya tiba-tiba dirasuk roh bekas kekasihnya yang telah meninggal dunia, seorang gadis masa lalunya yang meninggal dunia dalam kemalangan.[3][4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita yang bekerja sebagai pegawai penyiasat persendirian. Hubungan mereka hambar kerana tiada perasaan cinta antara mereka. Suatu hari ketika si isteri sedang menyiasat kawasan kemalangan, dia dirasuk roh seorang gadis, seorang gadis yang pernah menyayangi suaminya sebelum dia meninggal dunia dalam kemalangan itu.

Kini, si isteri bertukar menjadi isteri yang peramah dan penyayang terhadap suaminya. Pasangan ini menikmati kepuasan dalam hubungan mereka. Tetapi tidak lama kemudian, suami mula mengesyaki identiti sebenar isterinya, dan mendapati bahawa itu adalah roh bekas kekasihnya, bagaimana kisah mereka?[5]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Bala Ganapathi William (BGW)
  • Subashini
  • Sanjna Suri
  • Irfan Zaini
  • Shan
  • Ipoh Rockers Raghu
  • Nawinia Murali
  • Rayer Genges
  • Tamil Silven
  • JB Boy Sara
  • Kathiresh Dixon
  • Mathiyalagan
  • Gayathri Moorthi
  • Kavimaran (Raaga)
  • Jee Kutty

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Filem ini ialah PG13. Filem ini mendapat ulasan negatif.[6]

Sumber rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "இன்று 50க்கும் மேற்பட்ட திரையரங்குகளில் 'அவள் தேடியது' திரைப்படம் வெளியீடு". Tamil Malar Daily (dalam bahasa Tamil). 2022-02-09.
  2. ^ "No major Indian movie releases for Deepavali". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-28.
  3. ^ "Interview with Aval Thediyathu by RTM Minnal FM". Facebook.
  4. ^ "Pawagam Kembali Rancak Dengan 15 Filem Lokal Hingga Mac 2022". Kementerian Komunikasi Dan Multimedia.
  5. ^ "Official trailer for Aval Thediyathu". Youtube.
  6. ^ Ulasan Filem Aval Thediyathu oleh Universal Media

Pautan luar[sunting | sunting sumber]