Ayam panggang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ayam panggang

Ayam panggang ialah ayam yang disediakan sebagai makanan dengan kaedah memanggang sama ada di dapur rumah, di atas unggun api atau di rotisserie profesional. Lazimnya, ayam dipanggang di dalam lemak dan jusnya dengan menggolek atau memutarkan ayam tersebut ketika dipangggang, dan selalunya didedahkan kepada api atau haba dengan gril berputar supaya pergerakan lemak dan jus tadi adalah efisyen seboleh mungkin dan tidak mengeringkan ayam.

Ayam panggang ialah satu juadah yang boleh didapati dalam masakan seluruh dunia.