Azam tahun baharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Poskad-poskad azam tahun baharu, awal abad ke-20.

Suatu azam tahun baharu merupakan suatu tradisi lazim di dunia Barat[1] (dan juga ada di dunia Timur) apabila seseorang menetapkan suatu matlamat berkaitan ranangan pembaharuan dalam kehidupan sehariannya menjelang tahun baharu.

Keberkesanan[sunting | sunting sumber]

Dalam suatu laporan pada 2014, 35% peserta yang gagal pada azam mereka menyatakan bahawa matlamat-matlamat mereka adalah tidak realistik, sementara 33% peserta tidak memeriksa perkembangan azam mereka, dan 23% peserta sekadar melupai azam mereka. Di samping itu, kira-kira sepersepuluh peserta berkata bahawa mereka menetapkan matlamat yang terlalu banyak.

Satu kajian pada 2007 oleh Richard Wiseman dari Universiti Bristol yang melibatkan 3,000 orang menunjukkan bahawa 88% mereka yang menetapkan azam-azam ini gagal,[2] sungguhpun 52% peserta yakin akan berjaya pada awalnya. Peserta mencapai matlamat mereka sebanyak 22% lebih kerap apabila matlamat-matlamat mereka dibentuk secara kecil dan berukur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rössner, S. M.; Hansen, J. V.; Rössner, S. (February 2011). "New Year's Resolutions to Lose Weight – Dreams and Reality". Obesity Facts. 4 (1): 3–5. doi:10.1159/000324861. PMC 6444530. PMID 21372604.
  2. ^ Lehrer, Jonah (December 26, 2009). "Blame It on the Brain". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660.