Padiberas Nasional Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari BERNAS)
BERNAS
Ditubuhkan7 Julai 1994
Ibu pejabatGlenmarie, Shah Alam, Malaysia
Tapak webPadiberas Nasional Berhad
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Padiberas Nasional Berhad (MYX: BERNAS; didaftarkan sebagi BERNAS) ialah sebuah syarikat yang menjaga industri padi dan beras tempatan. BERNAS diswastakan pada 1 Januari 1996 dan telah menggantikan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).

Peranan utama BERNAS ialah untuk mengawasi perkembangan industri padi dan beras negara, di samping membuat tanggungjawab sosial dan komersil yang selama ini dipikul oleh LPN. Ini termasuk mewakili pihak kerajaan dalam pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, mengurus Skim Pengilangan Padi Bumiputra, membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari petani.

Pada 25 Ogos 1997, BERNAS disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur. BERNAS terus berkembang melalui integrasi rantaian pembekalannya bersama pengusaha-pengusaha di peringkat antarabangsa bagi sektor pemborongan, perladangan, pemprosesan dan pengedaran.

Sebagai sebuah badan korporat, BERNAS bertanggungjawab untuk memastikan penyediaan bekalan beras yang berterusan dengan harga yang berpatutan kepada rakyat Malaysia dengan mengoptimakan rangkaian pembekalan, infrastruktur dan rangkaian pengedaran Syarikat. Syarikat juga turut memberi perhatian kepada pengurusan alam sekitar melalui penekanan kepada pembuangan sekam padi yang efektif di samping mempelbagai hasilan syarikat dengan memaksimumkan potensi produk-produk sampingannya.

Pada 26 April 2011, Bernas mengumumkan kerajaan persekutuan telah memanjangkan tempoh pengedaran beras selama 10 tahun bermula dari 11 Januari 2011 hingga 10 Januari 2021.

Dimiliki syarikat asing[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Julai 2009 syarikat pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) telah berjaya mendapatkan ekuiti sebanyak 31% menerusi pasaran terbuka tetapi Bernas perjelaskan bahawa kepentingan semua pihak yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan pemegang saham adalah dilindungi.[1]Selepas itu, Syed Mokhtar Bukhari melalui Tradewinds memiliki 53.7% ekuiti Bernas bersamaan dengan RM526 juta tunai. Ini menyebabkan satu tawaran lain yang menyebabkan Tradewinds memegang 72.57% kepentingan ekuiti di dalam Bernas.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]