Babi (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Babi
PengarahNamewee
PenulisNamewee
Dihasilkan olehJoko Toh
Syarikat
penerbitan
NSP Entertainment Sdn. Bhd.
Diedarkan olehHuaying Entertainment
Tarikh tayangan
20 November 2020
Masa tayangan
1 jam 2 minit
NegaraMalaysia
BahasaCina
Melayu
Tamil
Inggeris

Babi (Jawi: بابي; bahasa Inggeris: Pig; Cina: 你是猪; pinyin: Nǐ Shì Zhū; maksud harfiah: "Kau Babi") ialah sebuah filem Malaysia 2020 yang diarahkan oleh Namewee. Kisah filem ini dikatakan adalah berdasarkan siri rusuhan kaum sebenar yang berlaku di sebuah sekolah kebangsaan di selatan Malaysia pada 2000 yang sengaja diabaikan oleh pihak media.[1] Sungguhpun dihasilkan di Malaysia, Namewee mendakwa bahawa filem ini telah diharamkan di Malaysia disebabkan oleh sifat filem yang berunsur provokatif (menghasut) dalam aspek perkauman.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kisah filem ini dikatakan berdasarkan satu insiden rusuhan kaum yang pernah berlaku pada 2000 di sebuah pekan di selatan Malaysia. Menurut Namewee, filem ini dihasilkan dengan bajet yang rendah serta difilem secara rahsia.[1]

Lagu runut filem, "Happy Family" (Keluarga Bahagia), ialah lagu rap karya Namewee sendiri dengan kolaborasi The Real Master Clan dan 5forty2. Lagu ini dikatakan amat sensitif dan Namewee berkata bahawa lagu itu boleh membawanya ke tahanan lokap sekiranya Namewee berkeputusan untuk pulang ke Malaysia dari Taiwan.[3]

Penerimaan dan kritikan[sunting | sunting sumber]

Sifat pengisian dan kaedah pemasaran filem yang dilihat mencanggahi sensitiviti kaum mendapat tentangan pihak-pihak tertentu seperti sayap pemuda pakatan politik kerajaan, Perikatan Nasional serta kumpulan penggiat seni Malaysia, Seniman yang membuat laporan polis serta menyeru penyekatan semua bahan-bahan berkaitan Babi di Internet daripada tatapan masyarakat negara.[4][5] Sebelum laporan dibuat, Namewee menegaskan bahawa cerita filem tersebut berniat untuk memberi pedoman berkenaan perpaduan kaum dan menggelar golongan yang menentang filemnya sebelum melihat Babi sebagai "puak pelampau sebenar".[6] Pada Julai 2021, pengarah filem Toh Han Boon disabitkan atas pengedaran dan promosi filem tanpa lesen sah.[7]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2020 Festival Filem Golden Horse ke-57 Runut Bunyi Filem Asal Terbaik Happy Family Tercalon [8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "黄明志挑战禁忌拍《你是猪》 叹恐怕又被关". Kwong Wah (dalam bahasa Cina). 7 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2020. Dicapai pada 21 November 2020.
  2. ^ Taery, Divya (19 November 2020). "Malaysian rapper Namewee's film 'Babi' is banned in Malaysia but makes waves overseas". Mashable (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2020. Dicapai pada 21 November 2020.
  3. ^ "◤金马57入围◢4语言粗口歌入围-歌词敏感-黄明志怕". China Press (dalam bahasa Cina). 1 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2020. Dicapai pada 22 November 2020.
  4. ^ Hakim, Akmal (19 November 2020). "Police Report Lodged Over Sensitive Language Used In Namawee's "Babi" Movie Poster". The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2020. Dicapai pada 22 November 2020.
  5. ^ "Seniman lodges report against Namewee film". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 11 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-13. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  6. ^ "Movie on racism in Malaysia reported to police over rude 'insulting' posters". Coconuts KL (dalam bahasa Inggeris). 20 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2020. Dicapai pada 22 November 2020.
  7. ^ Tee, Kenneth (21 Julai 2021). "Producer of Namewee's '--' charged with unauthorised production, promotion". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Julai 2021.
  8. ^ "第57屆金馬獎 完整入圍名單". ChannelNews Asia (Taiwan) (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2020-09-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]