Babi jadian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Babi jadian atau juga dikenali sebagai babi ngepet,[1] merujuk kepada ilmu sihir yang membolehkan seseorang menjelma sebagai babi untuk sesuatu tujuan tertentu.[2]

Garis kasar[sunting | sunting sumber]

Mengikut kepercayaan Indonesia, makhluk ini dipercayai merupakan jelmaan seorang pengamal ilmu hitam "pesugihan babi". Pesugihan berasal dari perkataan Jawa sugih yang bermaksud "kaya"[3].

Ia adalah sejenis sihir yang membantu seseorang itu menjadi kaya dengan serta-merta, tetapi sebagai korban mereka mesti gadaikan kemanusiaan mereka.

Diri mereka berubah menjadi seekor babi buat suatu tempoh, ataupun benarkan diri mereka dirasuk oleh seekor jin.

Dalam jelmaan[sunting | sunting sumber]

Beberapa khabar mulut menceritakan tentang seorang lelaki yang memakai jubah hitam sebelum berubah bentuk menjadi babi jelmaan ini.

Selepas jelmaan, babi jadian berkeliaran di sekitar kampung, menggosok-gosok badannya di dinding, pintu, almari, atau perabot. Secara tiba-tiba, barang-barang penduduk kampung, seperti wang, emas, dan barang kemas akan hilang dan dibawa lari oleh Babi Ngepet.

Jika mereka berjaya, apabila Babi Ngepet pulang ke rumah dan berubah kembali ke bentuk manusia mereka, jubah hitam akan dipenuhi dengan wang atau barang kemas yang dicuri.

Orang yang mengamalkan sihir hitam Babi Ngepet memerlukan bantuan dari orang lain.

Tugas pembantu adalah untuk tinggal di rumah dan menjaga lilin yang diapung di atas sebesen air, sementara Babi Ngepet keluar mencuri.

Sekiranya api lilin bergetar, mengecil atau hampir padam, ianya petanda bahawa Babi Ngepet berada dalam bahaya, pasti ditangkap oleh penduduk kampung, atau berubah semula ke dalam bentuk manusia mereka.

Oleh kerana kepercayaan ini, penduduk Jawa sering mengejar atau membunuh babi yang mengelilingi sekitar kampung pada waktu malam.

Pandangan dalam Islam[sunting | sunting sumber]

Pandangan terhadap sihir dalam Islam tidak kira untuk tujuan baik mahupun jahat ialah haram kerana ia merupakan penyerahan diri kepada makhluk Allah, dalam kes ini jin, dan menyamai kekuasaan Allah dengan makhluk ciptaan. Ini merupakan syirik dan ilmu sihir hanya dapat memberi kesenangan di bumi dan hanya akan membinasakan diri di akhirat kelak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]