Bahasa Qibti
Qibti | |
---|---|
ϯⲙⲉⲧⲣⲉⲙⲛ̀ⲭⲏⲙⲓ ~ ⲧⲙⲛ̄ⲧⲣⲙ̄ⲛ̄ⲕⲏⲙⲉ | |
Asli kepada | Mesir |
Etnik | Orang Mesir |
Era | abad ke-2 – ke-17, dikekalkan sebagai bahasa keagamaan Gereja Ortodoks Koptik Iskandariah dengan beberapa percubaan yang ada dalam menghidupkan semula bahasa ini dalam konteks seharian. |
Afro-Asia
| |
Bentuk awal | |
Huruf Qibti | |
Kod bahasa | |
ISO 639-2 | cop |
ISO 639-3 | cop |
Bahasa Qibti (Jawi: بهاس قبطي) atau Bahasa Koptik (dialek Bohairi: ϯⲙⲉⲧⲣⲉⲙⲛⲭⲏⲙⲓ ti.met.rem.ən.khēmi, dialek Sahidi: ⲧⲙⲛⲧⲣⲙⲛⲕⲏⲙⲉ t.mənt.rəm.ən.kēme) adalah bentuk terkini bahasa Mesir, yakni, sebuah bahasa Afro-Asia utara yang digunakan di Mesir terutamanya pada zaman Mesir Purba[1][2] bermula dari abad ketiga Masihi di Mesir Rom sehingga pada sekurang-kurangnya abad ke-17.[3][4] Ia lazim digunakan sehingga sekurang-kurangnya abad ke-16 apabila ia digantikan sepenuhnya oleh bahasa Arab di bawah Kesultanan Mamluk.[5] Koptik tidak mempunyai penutur asli hari ini,[6] Inovasi dalam tatabahasa dan fonologi dan kemasukan pinjaman Yunani membezakan Koptik daripada zaman awal bahasa Mesir. Ia ditulis dengan abjad Qibti, satu bentuk abjad Yunani yang diubah suai dengan beberapa huruf tambahan yang dipinjam daripada skrip Mesir Demotik.[2]
Bahasa ini mula ditulis menggunakan huruf Qibti yang diambil daripada abjad Yunani dengan penambahan enam atau tujuh tanda-tanda dari tulisan demotik terbitan hieroglif untuk mewakili bunyi-bunyi yang wujud dalam bahasa Mesir tapi tiada dalam bahasa Yunani pada abad pertama.[7]
Bahasa ini berkembang sebagai bahasa sastera dari abad kedua sehinggalah ke abad ke-13, manakala dialek Bohairinya terus menjadi bahasa keagamaan bagi Gereja Ortodoks Qibti Iskandariah dan Gereja Katolik Qibtiyah.[2] Bahasa Arab Mesir mengambil alih tempatnya sebagai bahasa masyarakat harian menjelang awal zaman moden, namun usaha-usaha menghidupkan semula pengunaan bahasa ini telah dilangsungkan sejak abad ke-19. Dialek Koptik utama ialah Sahidi, Bohairi, Akhmimi, Fayyumi, Lykopolis, dan Oksirhynchi. Sahidik Koptik dituturkan antara bandar Asyut dan Oksirhynkos[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Allen 2020b, m/s. 1.
- ^ a b c Layton 2007, m/s. 1.
- ^ Coptic Encyclopedia; http://cdm15831.contentdm.oclc.org/cdm/ref/collection/cce/id/520
- ^ Richter 2009, m/s. 404.
- ^ Coptic Encyclopedia; http://cdm15831.contentdm.oclc.org/cdm/ref/collection/cce/id/520
- ^ "Coptic". Ethnologue (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-07-01. Dicapai pada 2022-05-17.
- ^ Reintges, Chris H. (2004). Coptic Egyptian (Sahidic dialect): a learner's grammar. Cologne: Rüdiger Köppe Verlag. ISBN 978-3-89645-570-3.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Blasco Torres, Ana Isabel (2017). Representing Foreign Sounds: Greek Transcriptions of Egyptian Anthroponyms from 800 BC to 800 AD. University of Salamanca. m/s. 613. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-16. Dicapai pada 2021-03-14.
...empat dialek utama dituturkan di Mesir Graeco-Rom: Bohairic di Delta, Fayumic di Fayum, Sahidic antara kira-kira Oxyrhynchus dan Lykopolis dan Akhmimic antara Panopolis dan Elephantine.
- Sumber
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ⲡⲓⲥⲁϧⲟ: Pautan Internet dan bibliografi mengenai bahasa Qibti
- Coptica.ch - Perpustakaan Universiti Geneva dalam talian yang mengandungi teks-teks Qibti (laman dalam Bahasa Perancis)
- Teks-teks dan manuskrip bahasa Qibti di Perpustakaan Universiti Leiden
- Remenkimi - sumber bahasa Qibti yang komprehensif