Baka tulen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Baka tulen memaksudkan jenis-jenis biakan atau kultivar dalam suatu spesies haiwan yang tercapai menerusi proses pembiakbakaan terpilih. Apabila dicatatnya salasilah seseekor haiwan baka tulen, maka haiwan itu dikira sebagai pedigri.

Di dunia pembiakbakaan haiwan secara pemilihan, "baka tulen" bermaksud spesies-spesies baka haiwan akan menurunkan zuriat yang tulen pada jenisnya apabila dikawankan dengan yang sama baka, iaitu anak-anak kepada mana-mana dua individu dalam baka yang sama akan memperlihatkan ciri-ciri yang konsisten, boleh direplikasi dan boleh diramal. Contohnya, anak kepada pasangan anjing baka tulen yang sama baka lahir dengan ciri-ciri ibu bapanya, dan bukan ciri-ciri dalam kesemua baka yang terangkum dalam keturunan baka berkenaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]