Balai Polis Bidor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Balai Polis Bidor

Balai Polis Bidor ialah sebuah balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah. Balai Polis Bidor yang terletak di tepi Sungai Bidor didirikan pada awal tahun 1908 oleh pemerintah Inggeris dan diketuai oleh seorang Sarjan dan seorang Mata-mata.

Pada tahun 1950, sebuah balai polis yang lebih besar telah dibina di kawasan tengah pekan. Pada 2 Mei 1984 pula, Balai Polis Bidor yang terbaru telah siap dibina dan Balai Polis lama di Pekan Bidor telah berpindah ke Balai Polis yang berlokasi sekarang di Jalan Sungkai, bersebelahan Taman Anson, Taman Intan Jaya, Taman Kawan dan Kampung Cegar. Keluasan kawasan Balai Polis ialah 4.2 ekar dan disediakan kemudahan 1 unit rumah kelas E, 2 unit rumah kelas `F' dan 5 unit rumah kelas `G'. Bangunan lama balai polis yang terletak di Pekan Bidor telah disewa kepada sebuah syarikat servis kenderaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]