Banjir Romania 2010
Tarikh | – |
---|---|
Tempoh | Akhir Jun–Julai 2010 |
Tempat | Banyak kaunti di Romania Beberapa kaunti Moldova Oblast Chernivtsi (Ukraine) |
Lokasi | Romania |
Kematian | 23+ kematian |
Harta benda rosak | € 65 juta+ |
Banjir Romania 2010 mwenyebabkan 21 orang terbunuh pada Jun 2010 di County Suceava timur laut Romania. Ribut dan banjir menyebabkan kemusnahan di Alba, Arad, Bacau, Botosani, Brasov, Cluj, Hunedoara, Iasi, Mehedinti, Neamt, Olt, Prahova, Salaj, Sibiu, Suceava, Timis, Tulcea, Valcea dan Vrancea.
Banjir Romania 2010 disebabkan oleh cuaca melampau yang melanda Romania pada akhir Jun 2010. Sekurang-kurangnya 21 orang dilaporkan terbunuh. Timur laut negara tersebut terutama County Suceava paling banyak terjejas.[1][2][3] Turut terjejas adalah Chernivtsi Oblast berjiranan dengan Ukraine.[4][5][6][7]
Pada 29 haribulan Sungai Siret mengancam untuk memecah tambak yang melindungi bandar Sendreni, ketika orang tempatan dan perkhidmatan kecermasan mengukuhkan tambak dengan berlori-lori beg pasir bagi menghalang air sungai melempah dan membanjiri bandar.[8]
Perdana Menteri Romania Emil Boc meninjau kawasan banjir di Suceava dan Botosani. Sumber rasmi menyatakan ratusan penduduk dipindahkan dan ratusan rumah telah musnah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Rain and severe floods kill at least 20 in Romania". BBC. June 30, 2010. Dicapai pada June 30, 2010.
- ^ "Romania flood death toll climbs to 16". Yahoo News. June 29, 2010. Dicapai pada June 29, 2010.[pautan mati kekal]
- ^ "Floods, rains kill 21 in eastern Romania". Reuters. June 29, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-31. Dicapai pada June 29, 2010.
- ^ "Chernivtsi region partialy flooded after heavy rains". Kyiv Post. June 27, 2010. Dicapai pada June 29, 2010.
- ^ "Additional police units sent to flood-hit Chernivtsi region to prevent looting". Kyiv Post. June 29, 2010. Dicapai pada June 29, 2010.
- ^ "Russia to deliver 70 tonnes of humanitarian aid to Ukraine". Kyiv Post. June 30, 2010. Dicapai pada June 30, 2010.
- ^ "Romanian, Ukrainian Floods Leave 21 Dead, Force Evacuations From Homes". Bloomberg. June 30, 2010. Dicapai pada June 30, 2010.
- ^ "Romania floods kill 21". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-03. Dicapai pada 2010-07-30.