Bantuan:Kata sakti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Kata sakti (Bahasa Inggeris: magic words, termasuk fungsi parser, pembolehubah dan suis kelakuan) merupakan ciri-ciri teks wiki yang membolehkan pelbagai arahan diberi kepada perisian MediaWiki (cth. untuk menyekat atau membetulkan kedudukan jadual kandungan), ataupun berfungsi menghasilkan kelainan output, seperti yang sering diperlukan dalam templat.

Di laman inilah terdapat rujukan cepat untuk kata sakti. Untuk dokumentasi yang lebih lengkap dan dikemaskini, rujuk laman-laman berikut di tapak MediaWiki:

Maklumat am[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga jenis kata sakti:

  • Suis kelakuan (behavior switch): kata-kata berhuruf besar yang diapiti tanda garis bawah berganda, cth. __NOTOC__, atau kata kunci yang menggunakan sintaks fungsi parser
  • Pembolehubah (variable): kata-kata berhuruf besar yang diapiti tanda pendakap berganda, cth. {{PAGENAME}} (maka menyerupai templat)
  • Fungsi parser (fungsi parser): kata kunci (sesetengahnya bermula dengan #) dalam pendakap berganda dengan parameter selepas tanda titik bertindih, cth. {{#expr:2+2}}

Sesetengah kata sakti tidak sensitif huruf, tetapi bukan semuanya. Ruang putih digugurkan dari awal dan akhir kata kunci dan parameter, seperti dalam sintaks templat.

Suis kelakuan[sunting | sunting sumber]

  • __NOTOC__ (boleh diletakkan di mana-mana dalam teks wiki; menyekat jadual isi kandungan)
  • __FORCETOC__ (boleh diletakkan di mana-mana dalam teks wiki; meletakkan jadual isi kandungan di posisi biasanya di atas pengatas pertama)
  • __TOC__ (meletakkan jadual isi kandungan di kedudukan kata)
  • __NOEDITSECTION__ (menyorokkan pautan "sunting" dekat pengatas bahagian)
  • __NEWSECTIONLINK__ (membubuh pautan "+" untuk menambah bahagian baru dalam laman bukan "Perbincangan")
  • __NONEWSECTIONLINK__ (menggugurkan pautan "+" dalam laman "Perbincangan")
  • __NOGALLERY__ (di laman kategori, menggantikan imej kenit [thumbnail] dengan pautan biasa)
  • __HIDDENCAT__ (di laman kategori, menjadikannya kategori tersembunyi)
  • __INDEX__ (menyuruh enjin carian untuk mengindekskan laman)
  • __NOINDEX__ (menyuruh enjin carian untuk tidak mengindekskan laman)
  • {{DISPLAYTITLE:judul}} (menukarkan bentuk paparan tajuk laman)
  • {{DEFAULTSORT:kunciisih}} (menetapkan kunci isih kategori tersedia)

Pembolehubah[sunting | sunting sumber]

  • {{FULLPAGENAME}} (Tajuk laman termasuk ruang nama)
  • {{PAGENAME}} (tajuk laman tanpa ruang nama)
  • {{BASEPAGENAME}} (tajuk laman tanpa sublaman semasa [yang tengah anda layari] dan nama ruang, iaitu laman induk tanpa ruang nama.)
  • {{SUBPAGENAME}} (bahagian sublaman dalam tajuk)
  • {{SUBJECTPAGENAME}} (laman bukan perbincangan berkenaan)
  • {{TALKPAGENAME}} (laman perbincangan berkenaan)
  • {{NAMESPACE}} (ruang nama laman semasa)
  • {{SUBJECTSPACE}}, {{ARTICLESPACE}} (ruang nama bukan perbincangan berkenaan)
  • {{TALKSPACE}} (ruang nama perbincangan berkenaan)
  • {{FULLPAGENAMEE}}, {{NAMESPACEE}} dsb. (dikodkan untuk penggunaan dalam URL MediaWiki)

Semua yang di atas boleh mengambil satu parameter untuk beroperasi di laman selain laman semasa.

  • {{SITENAME}} (Wikipedia)
  • {{SERVER}} (//ms.wikipedia.org)
  • {{SERVERNAME}} (ms.wikipedia.org)
  • {{SCRIPTPATH}} (/w)
  • {{CURRENTVERSION}} (versi MediaWiki semasa)
  • {{REVISIONID}} (semakan terkini pada laman semasa)
  • {{REVISIONDAY}}, {{REVISIONDAY2}}, {{REVISIONMONTH}}, {{REVISIONYEAR}}, {{REVISIONTIMESTAMP}}, {{REVISIONUSER}} (tarikh, waktu, pembuat suntingan terakhir)
  • {{CURRENTYEAR}}, {{CURRENTMONTH}}, {{CURRENTMONTHNAME}}, {{CURRENTMONTHABBREV}}, {{CURRENTDAY}}, {{CURRENTDAY2}}, {{CURRENTDOW}}, {{CURRENTDAYNAME}}, {{CURRENTTIME}}, {{CURRENTHOUR}}, {{CURRENTWEEK}}, {{CURRENTTIMESTAMP}} (pembolehubah tarikh/waktu semasa)
  • {{LOCALYEAR}} dsb. (seperti di atas, berasaskan waktu tempatan)
  • {{NUMBEROFPAGES}}, {{NUMBEROFARTICLES}}, {{NUMBEROFFILES}}, {{NUMBEROFEDITS}}, {{NUMBEROFVIEWS}}, {{NUMBEROFUSERS}}, {{NUMBEROFADMINS}}, {{NUMBEROFACTIVEUSERS}} (statistik di Wikipedia Bahasa Melayu; gunakan:R untuk mendapat perangkaan tanpa tanda koma)

Fungsi parser[sunting | sunting sumber]

Metadata[sunting | sunting sumber]

  • {{PAGESIZE:nama laman}} (saiz laman dalam bait)
  • {{PROTECTIONLEVEL:tindakan}} (tahap perlindungan untuk tindakan yang dinyatakan dalam laman semasa)
  • {{PAGESINCATEGORY:nama kategori}} (bilangan halaman dalam kategori yang dinyatakan)
  • {{NUMBERINGROUP:nama kumpulan}} (bilangan pengguna dalam kumpulan yang dinyatakan)

Bubuh |R untuk mendapat perangkaan tanpa tanda koma.

Pemformatan[sunting | sunting sumber]

  • {{lc:rentetan}} (tukarkan semuanya kepada huruf kecil)
  • {{lcfirst:rentetan}} (tukar aksara pertama kepada huruf kecil)
  • {{uc:rentetan}} (tukar kepada huruf besar)
  • {{ucfirst:rentetan}} (tukar aksara pertama kepada huruf besar)
  • {{formatnum:unformatted num}} (format sesuatu nombor dengan koma sebagai pemisah; tambah |R untuk nyahformat sesuatu nombor)
  • {{#formatdate:date|format}} (memformat tarikh mengikut kehendak pengguna; nilai sediaan [default] boleh dinyatakan sebagai parameter kedua sensitif kes pilihan untuk pengguna tanpa keutamaan tarikh; boleh menukarkan tarikh dari format sedia ada ke format dmy [hari-bulan-tahun], mdy [bulan-hari-tahun], ymd [tahun-bulan-hari] atau ISO 8601, tetapi format yang ditetapkan boleh dibatalkan oleh keutamaan pengguna)
  • {{padleft:xyz|panjang rentetan}}, {{padright:xyz|panjang rentetan}} (pad dengan sifar di kanan dan kiri; rentetan pad alternatif boleh dinyatakan sebagai parameter ketiga; rentetan pad alternatif itu boleh dipangkas jika panjangnya tidak membahagikan bilangan aksara yang digunakan secara sama-rata)
  • {{plural:n|is|are}} (memaparkan teks alternatif mengikut sama ada n lebih daripada 1)
  • {{#time:rentetan format|objek tarikh/waktu}} (pemformatan tarikh/waktu; juga #timel untuk waktu tempatan. Dibincangkan dalam laman dokumentasi lanjutan.)
  • {{gender:nama pengguna|jantan|betina|neutral}} (memaparkan teks alternatif mengikut jantina yang dinyatakan oleh pengguna tersebut dalam keutamaannya)

Laluan[sunting | sunting sumber]

  • {{localurl:nama laman}}, {{localurl:page name|rentetan pertanyaan}} (laluan relatif kepada tajuk)
  • {{fullurl:nama laman}}, {{fullurl:page name|rentetan pertanyaan}} (laluan mutlak kepada tajuk)
  • {{filepath:nama fail}} (URL mutlak kepada fail media)
  • {{urlencode:rentetan}} (input dikodkan untuk digunakan dalam URL)
  • {{anchorencode:rentetan}} (input dikodkan untuk digunakan dalam penambat bahagian URL)
  • {{ns:n}} (nama untuk ruangnama berindeks n; gunakan{{nse:}} untuk padanan yang dikodkan untuk URL MediaWiki)
  • {{#rel2abs: laluan }} (menukarkan laluan fail relatif ke mutlak; rujuk dokumentasi lanjutan)
  • {{#titleparts: nama laman | bilangan segmen untuk dikembalikan | segmen pertama yang dikembalikan}} (memecahkan tajuk kepada segmen; rujuk dokumentasi lanjutan)

Ungkapan bersyarat[sunting | sunting sumber]

  • {{#expr: ungkapan }} (menilai ungkapan yang dinyatakan; rujuk Bantuan:Pengiraan)
  • {{#if: rentetan ujian | nilai jika tak kosong | nilai jika kosong }}(memilih satu daripada dua nilai berdasarkan sama ada rentetan ujian adalah kosong atau tidak)
  • {{#ifeq: rentetan 1 | rentetan 2 | nilai jika bersamaan| nilai jika tak bersamaan }} (memilih satu daripada dua nilai berdasarkan sama ada rentetan ujian adalah bersamaan – dalam bentuk nombor jika berkenaan)
  • {{#iferror: rentetan ujian | nilai jika ralat | nilai jika betul }} (memilih nilai berdasarkan sama ada rentetan ujian menghasilkan ralat parser)
  • {{#ifexpr: ungkapan | nilai jika benar | nilai jika salah}} (memilih nilai berdasarkan penilaian ungkapan)
  • {{#ifexist: tajuk laman | value if exists | value if doesn't exist }} (memilih nilai berdasarkan sama ada tajuk laman wujud)
  • {{#switch: ujian | kes1 = nilai kes 1 | ... | nilai sediaan }}(menyediakan alternatif berdasarkan nilai rentetan ujian)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]