Bayaran Elektronik Jalan Raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gantri ERP di North Bridge Road.

Sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya (Bahasa Inggeris: Electronic Road Pricing, Cina: 电子道路收费系统) atau lebih dikenali sebagai ERP sahaja merupakan suatu sistem kutipan tol elektronik yang diterima pakai di Singapura untuk menguruskan lalu lintas dengan mengenakan kadar bayaran jalan raya dan sebagai mekanisme percukaian berasaskan penggunaan untuk melengkapkan Sijil Kelayakan. ERP ini dilaksanakan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada September 1998 untuk menggantikan Skim Pelesenan Kawasan Singapura selepas berjaya menguji sistem itu dengan kenderaan melalui jalan dengan kelajuan tinggi. Singapura merupakan bandar pertama di dunia yang melaksanakan sistem kutipan tol jalan raya elektronik dengan tujuan mengenakan bayaran bagi kesesakan. Sistem ini menggunakan tol jalan terbuka; kenderaan tidak berhenti atau diperlahankan untuk membayar tol.

Senarai gantri[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya, terdapat 93 buah gantri yang dipasang di Singapura.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]