Beatboxing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Beatboxing (juga b-boxing) adalah suatu seni menghasilkan bunyi vokal terutamanya yang melibatkan peniruan kesan bunyi dram mesin (biasanya TR-808), turntablism atau alat muzik seumpamanya menggunakan mulut, bibir, lidah, dan suara.[1] Seni ini kini sangat berkait rapat dengan budaya hip-hop namun ia tidaklah terhad kepada genre ini semata-mata.[2][3]

Fonologi[sunting | sunting sumber]

Setiap bunyi yang dihasilkan ini sejumlah besarnya kedengaran unik antara satu sama lain, namun bunyi-bunyi ini boleh dikategorikan secara linguistik kepada tiga gugusan yang terperinci:

  • Ejektif terhasil daripada hembusan kuat udara dari larinks yang menguatkan bunyi perkusif. Bunyi "t", "p", "k", "d", "b" dan "g" semuanya boleh dijadikan ejektif. "Ch" dan "j" adalah contoh ejaan ejaan.
  • frikatif - penghasilan bunyi mekanikal mirip gendang jerat, simbal atau bunyi-bunyi berdengung lain. Bunyi tertentu seperti velar lateral bergeser, bibir lateral frikatif, dan lidah bibir berfrikatif dinilai tidak sesuai mengikut fonologi ditetapkan Abjad Fonetik Antarabangsa namun bisa dihasilkan dan biasa digunakan dalam seni ini.[4]
  • koartikulasi - tindakan mengawal suatu bunyi pada dua tempat sekaligus (misalnya: menghasilkan bunyi "r" menggulung sambil membunyikan konsonan "v"). Epentesis turut berlaku ketika nyanyian dibuat sambil menghasilkan suara perkusif ini secara serentak dengan membunyikan perkusif di tengah perkataan yang dinyanyikan.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TOWARD A BEATBOXOLOGY, Human Beatbox
  2. ^ The History of Beatboxing, humanbeatbox.com
  3. ^ D. Stowell and M. D. Plumbley, Characteristics of the beatboxing vocal style. Technical Report C4DM-TR-08-01. 2008.
  4. ^ Victoria Fromkin; Robert Rodman; Nina Hyams (1 Januari 2018). An Introduction to Language. Cengage Learning. m/s. 199. ISBN 978-1-337-55957-7. 
  5. ^ Proctor, M.I.; Bresch, E.; Byrd, D.; Nayak, K. & Narayanan, S. (2013). "Para-Linguistic Mechanisms of Production in Human "Beatboxing": a Real-time Magnetic Resonance Imaging Study". Journal of the Acoustical Society of America. 133 (2): 1043–1054. doi:10.1121/1.4773865. PMC 3574116Boleh dicapai secara percuma.