Bebaji kentang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bebaji kentang
JenisHidangan kentang Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianHors d'oeuvre, hidangan sampingan
Bahan utamaKentang
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bebaji kentang ialah potongan kentang berbentuk baji tidak sekata, selalunya besar dan tidak dikupas, yang sama ada digoreng atau dipanggang. Ia dijual di gerabak makan minum dan restoran makanan segera. Ia sering diperasa dengan bermacam rempah, selalunya paprika, garam dan lada.

Di Australia, bebaji kentang adalah makanan kepingan biasa yang hampir sepenuhnya disajikan dengan beberapa jenis sos. Seseorang boleh menggunakan krim masam, sos cili manis, sos tomato, atau gabungan beberapanya. Di Ireland pula, bebaji kentang pedas adalah perkara yang biasa disajikan di kaunter deli panas.[1]

Nama lain[sunting | sunting sumber]

Bebaji kentang dengan dendeng dan keju, disertakan dengan sos cili manis dan sos masam
  • Di beberapa kawasan Amerika Syarikat, terutamanya Idaho, Oregon, Washington, Montana, Minnesota, Nebraska, Utara Utah, Timur Laut Ohio, Wisconsin dan Utara New York, variasi bebaji kentang terkenalnya dikenali sebagai jojo.[2] Jojo ialah bebaji kentang yang disalut, diperasa, dan sama ada digoreng penuh di dalam tong yang sama dengan ayam goreng, atau digoreng dengan tekanan.[3]
  • Di Jerman, ia dikenali sebagai Kartoffelspalten ('rekah kentang'), wilde Kartoffeln ('kentang liar'), Westernkartoffeln ('kentang barat') atau Kartoffelecken ('bebaji kentang').[4]
  • Di Czechia, ia dikenali sebagai americké brambory ('kentang Amerika').

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ McDonald, Brian (2008-05-12). "Top breakfast baguette rolls into Irish history". Irish Independent (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-03.
  2. ^ DiStefano, Anne Marie (Julai 4, 2013). "Restaurants add another chapter to jojos' long history". Portland Tribune. Dicapai pada 8 Julai 2013.
  3. ^ Price, Nikki (2009-09-25). "A fry with MoJo: The Coast loves its JoJos". Oregon Coast Today. Lincoln City, Oregon. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 17, 2011. Dicapai pada 2009-09-26.
  4. ^ "Potato-Wedges" (dalam bahasa Jerman). EDEKA.