Beg ketap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beg ketap berjenama Ziploc
Pandangan dekat daripada keratan rentas mekanisme pengedap

Beg ketap (Jawi: بيݢ کتڤ) ialah beg penyimpanan segi empat tepat mudah lentur yang murah, biasanya lutsinar, diperbuat daripada polietilena[1][2] atau plastik mirip, yang boleh dikedap dan dibuka berkali-kali, sama ada dengan gelangsir, yang berfungsi dengan cara yang serupa dengan pengancing zip, atau dengan mencubit kedua-dua belah mekanisme pengedap mekanikal dengan jari. Begnya diperbuat dalam pelbagai saiz; saiz kecil biasa ialah 1.5 kali 2.5 inci (3.8 cm × 6.4 cm), dan saiz besar biasa ialah 9 kali 12 inci (23 cm × 30 cm). Ketebalan bahan (tolok) berbeza-beza; beg yang lebih kecil biasanya 40 hingga 45 µm.

Banyak beg sedemikian digunakan untuk mengandungi bahan makanan, seperti sandwic dan penyimpanan peti beku. Setunggal dan beberapa item kecil untuk dijual selalunya dibungkus dalam beg ketap kecil untuk kemudahan dan keterlihatan.

Beberapa jenis ciri bolehlangkedap tersedia untuk beg plastik.[3][4] Kadangkala jenis beg lain, seperti beg kain untuk peralatan mandian yang dipasang dengan pengancing zip lazim, digambarkan sebagai beg ketap.[5]

Satu beg telah dipatenkan oleh Robert W. Vergobbi pada 18 Mei 1954. Pada tahun yang sama, Minigrip melesenkannya sebagai beg pensel. Fungsi beg ketap yang paling dikenali tidak dinyatawikan sehingga tahun 1957, apabila pelajar gred lima bernama Robert Lejeune menunjukkan bahawa beg tersebut juga boleh digunakan dengan selamat sebagai alat penyimpanan makanan.[6] Sebelas tahun kemudian, pada tahun 1968, Syarikat Dow Chemical mula memasarkannya di bawah nama Ziploc. Rusuk runut lebar telah ditokok pada tahun 1982, pengetap cubit pada tahun 1993 dan berwarna pada tahun 1997.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Yam, Kit L (2009). The Wiley Encyclopedia of Packaging Technology. John Wiley & Sons. ISBN 978-0-470-08704-6.
  1. ^ "Polyethylene (PE) Plastic". UL LLC. January 4, 2016.
  2. ^ "Ziploc® Brand Freezer Bags". SC Johnson & Son, Inc. Dicapai pada 4 January 2016.
  3. ^ [1] 
  4. ^ [2] 
  5. ^ "Ten minute zipper bag". Hooray Design Blog. August 1, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada April 26, 2012. Dicapai pada December 31, 2011.
  6. ^ "Bag for storage and removal of oxygen",
  7. ^ Macneal, David (20 April 2015). "The Surprisingly Complex Design of the Ziploc Bag". Wired. Dicapai pada 20 April 2015.

Templat:PackagingTemplat:Bags