Bendera Bangladesh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nisbah bendera: 3:5

Bendera Bangladesh diperkenalkan pada 17 Januari 1972. Sebuah bendera yang serupa digunakan sewaktu Perang Pembebasan Bangladesh tetapi dengan peta negara Bangladesh di atas matahari yang merah. Peta tersebut kemudiannya dihilangkan daripada bendera tersebut untuk memudahkan rekabentuknya. Bendera Bangladesh yang kini mirip bendera Jepun tetapi berlainan warna latarbelakang. Cakera merah melambangkan matahari yang terbit di atas tanah Bengal yang hijau. Cakera tersebut diofsetkan sedikit ke arah kepala (hoist) supaya ia ternampak berada di tengah apabila bendera sedang berkibar. Warna merah melambangkan darah mereka yang terkorban untuk kemerdekaan Bangladesh. Latarbelakang hijau melambangkan tanah Bangladesh yang subur.