Bendera Itali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bendera Itali atau il Tricolore

Bendera Itali (Bahasa Itali: Bandiera d'Italia) atau juga diberi jolokan il Tricolore [tri-ko-lo-re] ("[panji] tiga warna") terdiri daripada tiga jalur menegak berwarna hijau, putih dan merah. Rekaan terkini bendera ini mula ditetapkan sejak 18 Jun 1946 sebelum dirasmikan pada 1 Januari 1948.[1]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi warna[sunting | sunting sumber]

Butiran rasmi warna-warna ini diberikan secara rasminya[2] dengan seberapa pindaan[3][4] oleh pemerintah Itali pada 2003. Setakat 23 September 2006 (2006-09-23), warna-warna Pantone yang ditakrifkan rasmi undang-undang republik[5][6] untuk bendera diperbuat daripada kain poliester seperti berikut:[7]

Nama warna Nombor RGB CMYK HSV Hex
  Hijau (Fern Green) 17-6153 TC (0, 140, 69) (100%, 0%, 51%, 45%) (150°, 100%, 55%) #008C45
Putih (Bright White) 11-0601 TC (244, 245, 240) (0%, 0%, 2%, 4%) (72°, 2%, 96%) #F4F5F0
Merah (Flame Scarlet) 18-1662 TC (205, 33, 42) (0%, 84%, 80%, 20%) (357°, 84%, 80%) #CD212A

Perlambangan[sunting | sunting sumber]

Warna-warna dalam bendera ini dikatakan mula dipakai segolongan pelajar Universiti Bologna pimpinan Luigi Zamboni dan Giovanni Battista De Rolandis 13–14 November 1794 yang cuba menumpaskan pemerintahan kepausan yang menguasai kota tersebut pada ketika itu;[8][9] mereka dikatakan telah mendapat ilham daripada pergerakan Jacobin yang merupakan antara pihak pencetus utama revolusi yang menggulingkan kerajaan Perancis pada ketika itu, namun pernyataan ini ada dipertikaikan seberapa sejarawan.[10] Suatu simpulan reben memperingati rusuhan ini dipersembahkan kepada 18 May 1796 Napoleon Bonaparte di Milan; warna-warna ini kemudiannya ditetapkan sebagai warna rasmi pasukan pengawal yang didirikan di rantau Itali diperintah beliau in.[11]

Bendera asas yang menampilkan rekaan triwarna ini mula dipakai Republik Cispadana - sebuah republik naungan Maharaja Napoleon - pada 7 Januari 1797 daripada penggunaan Legione Italiana daripada para askar Legion Lombardia: merah dan putih datang daripada bendera Milan manakala warna hijau datang daripada kelengkapan askar-askar legion ini.[12]

Evolusi reka bentuk bendera utama yang ada di Itali

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Costituzione della Repubblica Italiana Art. 12, 22 dicembre 1947, pubblicata nella Gazzetta Ufficiale n. 298 del 27 dicembre 1947 edizione straordinaria (published in the Official Gazette [of the Italian Republic] No. 298 of 27 December 1947 extraordinary edition) "La bandiera della Repubblica è il tricolore italiano: verde, bianco, e rosso, a tre bande verticali di eguali dimensioni"
  2. ^ Circolare del sottosegretario alla Presidenza del Consiglio dei Ministri Gianni Letta del 18 settembre 2002 e circolare del segretario generale alla Presidenza del Consiglio dei Ministri Antonio Catricalà del 17 gennaio 2003
  3. ^ Tricolore «sbagliato» alla Camera Corriere della Sera, 29 April 2003
  4. ^ "Italian opposition in flap over flag". BBC. 28 April 2003. 
  5. ^ Circolare della Presidenza del Consiglio dei Ministri n. UCE 3.3.1/14545/1 del 2 June 2004
  6. ^ Disposizioni generali in materia di cerimoniale e di precedenza tra le cariche pubbliche Art. 31 (Definizione cromatica dei colori della bandiera della Repubblica) Decreto del Presidente del Consiglio dei Ministri 16 April 2008 (G.U. n. 107 of 8 March 2008)
  7. ^ The earlier specifications are given in Manuale di utilizzo del logotipo Diarkibkan 21 August 2010 di Wayback Machine. Ministero delle Politiche Agricole, Alimentarie e Forestali (retrieved 6 February 2011)
  8. ^ "Mostra Giovan Battista De Rolandis e il Tricolore". 150.provincia.asti.it. Dicapai 20 August 2017. 
  9. ^ Villa Claudio, I simboli della Repubblica: la bandiera tricolore, il canto degli italiani, l'emblema, Comune di Vanzago, 2010, SBN IT\ICCU\LO1\1355389, p. 12
  10. ^ De Rolandis Ito, Origine del tricolore – Da Bologna a Torino capitale d'Italia, Torino, Il Punto – Piemonte in Bancarella, 1996, ISBN 88-86425-30-9, p. 18
  11. ^ "Il significato dei tre colori della nostra Bandiera Nazionale". radiomarconi.com. Dicapai 20 August 2017. 
  12. ^ On 11 October 1796 Napoleon wrote to the French Directory|Directorate]], "Les couleurs nationales qu'ils ont adoptées sont le vert, le blanc et le rouge" (the national colours they have adopted are green, white, and red), Corr. Nap. II, No. 1085; see Frasca, Francesco Les Italiens dans l'Armée napoléonienne: Des légions aux Armées de la République italienne et du Royaume d'Italie Etudes napoléoniennes, Tome IV (pp. 374–396) Levallois: Centre d'études napoléoniennes, 1988

Pautan luar[sunting | sunting sumber]