Bendera Korea Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nisbah bendera: 1:2

Bendera Korea Utara diperkenalkan pada 8 September 1948.

Bintang warna merah, lambang komunisme yang terkenal dipaparkan di dalam cakera berwarna putih. Lambang ini mungkin ada kaitan dengan simbol yin yang yang digunakan dalam budaya Korea.

Warna merah melambangkan semangat patriotisme yang bersifat revolusi. Biru menandakan, "aspirasi rakyat Korea untuk bersatu dengan masyarakat revolusioner sedunia dan berjuang untuk idea kemerdekaan, persahabatan dan keamanan."