Best of Hilary Duff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Best of Hilary Duff
Album hit terbaik oleh
Dilancarkan pada11 November 2008
Dirakamkan pada2003 hingga 2008
TempatAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
GenrePop
Panjang44:59
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatHollywood Records
PenerbitMatthew Gerrard Edit the value on Wikidata
Ulasan profesional
Kronologi Hilary Duff
Dignity
(2007)
Best Of Hilary Duff
(2008)
Kulit hadapan lain
edisi Jepun
edisi Jepun
Single daripada Best of Hilary Duff
  1. "Reach Out"
    Dikeluarkan: 16 November 2008
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Best of Hilary Duff merupakan album lagu terhebat oleh Hilary Duff. Album ini telah dilancarkan di Amerika Syarikat pada 11 November 2008.[1] Jualan album Best of Hilary Duff dihentikan di stor iTunes disebabkan oleh alasan yang tidak diketahui. Namun, jualannya dibuka semula di stor tersebut pada 18 Disember 2008.

Single pertama bagi album ini bertajuk Reach Out dan video untuk lagu tersebut telah dilancarkan.[2]

Maklumat[sunting | sunting sumber]

Tarikh asal untuk pelancaran Best of Hilary Duff telah dijadualkan pada 23 September 2008 tetapi ditangguhkan. Album ini akhirnya dilancarkan pada 11 November 2008. Dua single Hilary Duff, Beat of My Heart dan Our Lips Are Sealed tidak dimuatkan di dalam album edisi Amerika Utara tetapi disertakan dalam album edisi Jepun dan Australia.[3]

Kulit muka hadapan album ini ditukar untuk pasaran Jepun kerana kulit muka hadapan asal untuk pasaran Amerika Utara menyerupai kulit muka hadapan album Dignity edisi istimewa Jepun.[4]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Hilary mengumumkan bahawa sebuah lagu yang bertajuk Reach Out akan dijadikan sebagai sebuah single.[5] Hilary juga merancang untuk mengeluarkan album edisi istimewa Dignity yang memuatkan gubahan baru untuk lagu-lagu asal di dalam album tersebut bersertakan dua lagu baru, Reach Out dan Holiday. Album istimewa tersebut akan dikeluarkan dalam format cakera padat terbaru, CDVU+[6] yang dihasilkan oleh Syarikat Walt Disney.

Hollywood Records membatalkan rancangan tersebut. Oleh sebab begitu banyak perancangan telah dibatalkan, Hilary berhasrat untuk meninggalkan syarikat tersebut dan album Best of Hilary Duff dihasilkan untuk menamatkan perjanjian Hilary dengan Hollywood Records yang berhajat untuk mengeluarkan satu lagi album selepas Dignity.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Allmusic menyatakan bahawa Hilary telah matang dalam penghasilan muzik beliau. Album ini juga dikatakan merupakan sebuah langkah Hilary ke masa hadapan.[7]

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

  1. "Reach Out" (4:15)
  2. "Holiday" (4:06)
  3. "Stranger" (4:14)
  4. "With Love" (gubahan baru) (3:03)
  5. "Play with Fire" (3:01)
  6. "Wake Up" (3:38)
  7. "Fly" (3:42)
  8. "Come Clean" (gubahan baru) (3:20)
  9. "So Yesterday" (3:35)
  10. "Why Not" (2:59)
  11. "Reach Out" (gubahan baru) (6:17)
  12. "Holiday" (gubahan baru) (4:09)

Prestasi[sunting | sunting sumber]

Carta Kedudukan
teratas
Carta Album Argentina 5[8]
Carta Album Kanada 86[9]
Carta Album Greece 31[10]
Carta Album Itali 39[11]
Carta Album Antarabangsa Five Music Taiwan 13[12]
Carta Album Antarabangsa G Music Taiwan 17[13]
Carta Album Mexico 53[14]
Billboard 200 A.S. 125[15]
Carta Album Mingguan Oricon Jepun 32 [16]
Carta Album Antarabangsa Mingguan Oricon Jepun 12 [17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota: Semua rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris.

  1. ^ Hilary's Official Myspace Page.
  2. ^ ""Behind-The-Scenes Of The Video 'Reach Out'." Hilary Duff". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-22. Dicapai pada 2009-02-06.
  3. ^ ""Official Australian Website Tracklisting." Hilary Duff". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-27. Dicapai pada 2009-02-06.
  4. ^ "Japanese Cover of Dignity"
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-17. Dicapai pada 2009-02-06.
  6. ^ [1]
  7. ^ http://www.allmusic.com/album/best-of-hilary-duff-r1422562
  8. ^ http://www.capif.org.ar/Default.asp?CO=6&CodOp=ESCS
  9. ^ http://jam.canoe.ca/Music/Charts/ALBUMS.html
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-12-09. Dicapai pada 2009-02-06.
  11. ^ http://acharts.us/italy_albums_top_50
  12. ^ http://www.5music.com.tw/CDTop.asp?top=6&pWeek=200846&sclass=
  13. ^ http://www.g-music.com.tw/GMusicBillboard2.aspx
  14. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-12-02. Dicapai pada 2009-02-06.
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-21. Dicapai pada 2008-12-21.
  16. ^ http://www.oricon.co.jp/rank/ja/w/more/4/
  17. ^ http://www.oricon.co.jp/rank/wa/