Biji getah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Biji getah ialah biji yang dihasilkan dari pokok getah yang matang. Biji getah ini berbentuk bulat dan lonjong. Warnanya bergantung kepada baka pokok getah itu ada yang berwarna coklat, hitam, merah-kemerahan, berjalur hitam dan putih.

Saiz dan sifatnya[sunting | sunting sumber]

Saiz biji getah ini juga mengikut baka pokok tersebut ada yang kecil dan ada yang besar kebiasaanya dalam lingkungan (20mm hingga 35mm). Kulit di bahagian permukaannya keras, licin dan nipis dan mempunyai tertulang di bahagian belakang biji getah ini. Isinya bewarna putih dan ia lembut serta kenyal. Biji getah ini akan gugur sendiri ke bumi jika sudah dan biji getah yang gugur ke bumi ini boleh mengeluarkan tunas dan boleh menjadi baka anak pokok getah yang baru.

Permainan dahulukala[sunting | sunting sumber]

Biji getah menjadi satu alat permainan kanak-kanak semasa dahulu untuk bermain laga buah getah. [1]

Kegunaan lain[sunting | sunting sumber]

Selain itu biji getah juga digunakan sebagai makanan dengan diperam atau dikenali sebagai Asam Rong. [2]

Biji getah juga mempunyai harga dipasaran. Ianya digunakan oleh pusat-pusat semaian untuk dibiak dan dicantumkan dengan mata tunas daripada baka klon-klon yang bermutu tinggi sebelum dijual kepada para pekebun. [1]

Penyelidikan ke atas biji getah[sunting | sunting sumber]

Selain itu, biji getah juga kini digunakan bagi menghasilkan minyak diesel.[3], [4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]