Biologi marin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Biologi marin merupakan sesuatu ilmu yang mempelajari mengenai kehidupan di laut (makhluk hidup beserta interaksinya dengan persekitaran). Terdapat banyak alasan yang boleh digunakan untuk mempelajari biologi marin. Laut menyediakan sumber makanan, ubat, bahan asas, rekreasi dan pelancongan. Biologi marin merangkumi skala yang luas, dari mikro seperti plankton dan fitoplankton sehingga haiwan besar seperti paus. Walaupun laut menutupi 71% permukaan Bumi, disebabkan kedalamannya laut meliputi sekitar 300 kali isipadu yang didiami oleh manusia.