Biomimetik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Biomimetik atau biomimikri (serapan Bahasa Yunani Kuno: βίος bios "hidupan" dan μίμησις mīmēsis "peniruan") adalah peniruan model, sistem, dan unsur yang ada pada alam semulajadi untuk tujuan menyelesaikan masalah manusia[1] melalui penghasilan kaedah, bahan atau tatacara yang unik diilhamkan pemerhatian sebegini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada sekitar tahun 1950-an, Otto Schmitt, seorang ahli biofizik aneka bidang mengembangkan konsep "biomimetik" (biomimetics) hasil penemuan seberapa kajian yang dilakukan[1] termasuk menyelidik saraf sotong untuk cuba mereplikasikan sistem seumpama (kajian ini membawa kepada pembangunan picu Schmitt);[2] kajian dilakukan ini mewujudkan suatu pemahaman berbalik melawan konsep biofizik yang dicetuskan Schmitt sendiri selewat tahun 1957.[1]

Pengungkapan biomimikri sebagai pelanjutan idea usulan Schmitt muncul seawal tahun 1982[3] namun ia hanya dipopularkan pada 1997 dalam pengarangan buku Biomimicry: Innovation Inspired by Nature oleh Janine Benyus[4][5] di mana buku tersebut mentakrifan peniruan ini sebagai "mengkaji model alam semula jadi dan kemudian meniru atau mengambil inspirasi dari reka bentuk dan proses ini untuk menyelesaikan masalah manusia"; alam sekitar turut didekati dengan penekanan kelestarian sumber sebagai objektif.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Vincent, Julian F.V.; Bogatyreva, Olga A.; Bogatyrev, Nikolaj R.; Bowyer, Adrian; Pahl, Anja-Karina (21 August 2006). "Biomimetics: its practice and theory". Journal of the Royal Society Interface. 3 (9): 471–482. doi:10.1098/rsif.2006.0127. PMC 1664643. PMID 16849244.
  2. ^ "Otto H. Schmitt, Como People of the Past". Connie Sullivan, Como History Article. He developed the trigger by studying the nerves in squid and trying to engineer a device that replicated the natural system by which squid nerves propagate.
  3. ^ Merrill, Connie Lange (1982). "Biomimicry of the Dioxygen Active Site in the Copper Proteins Hemocyanin and Cytochrome Oxidase". Rice University. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ Umi Kalthum Ngah; Zulkifli Zaina Abidin (2014). Keajaiban Haiwan Yang Mengubah Dunia. PTS Publishing. m/s. 27. ISBN 978-967-411-046-8.
  5. ^ a b Benyus, Janine (1997). Biomimicry: Innovation Inspired by Nature. New York, USA: William Morrow & Company. ISBN 978-0-688-16099-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]