BitDefender

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bitdefender
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriPerisian komputer
Ditubuhkan2001
PengasasFlorin Talpeș
Ibu pejabatBucharest, Romania
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingFlorin Talpeș (CEO)
KeluaranPerisian keselamatan
PerkhidmatanKeselamatan komputer
Hasil603.2 juta leu (2017)
(RM577.6 juta)
Tapak webwww.bitdefender.com
Facebook: Bitdefender Twitter: Bitdefender Instagram: bitdefenderturkiye Youtube: UCCuVBVczq1ShkwL-BXRU6UA Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Bitdefender merupakan syarikat perisian antivirus dan keselamatan maya yang berasal dari Romania.[1] Syarikat ini diasaskan oleh Florin Talpeș pada tahun 2001. Beliau kini merupakan CEO syarikat ini.[2] Bitdefender membangunkan dan memasarkan perisian antivirus, perisian keselamatan Internet, perisian keselamatan endpoint, serta produk dan perkhidmatan keselamatan maya yang lain. Sehingga tahun 2018, perisian-perisian tersebut mempunyai kira-kira 500 juta pengguna di seluruh dunia.[3]

Sejarah syarikat[sunting | sunting sumber]

Perisian Bitdefender pada asalnya dibangunkan oleh SOFTWIN dan dipasarkan dengan nama AVX (Antivirus Expert) dari tahun 1996 hingga tahun 2001. Pada tahun 2001, namanya telah ditukarkan. Pada tahun 2007, syarikat SOFTWIN telah bertukar kepada Bitdefender.[4]

Produk-produk Bitdefender[sunting | sunting sumber]

Bitdefender membangunkan dan memasarkan produk antivirus, keselamatan Internet, keselamatan endpoint, serta produk dan perkhidmatan keselamatan maya yang lain. Produk tersebut boleh digunakan untuk Microsoft Windows, Symbian OS, Windows Mobile, Mac OS X (beta) dan freeBSD.

Produk untuk pengguna[sunting | sunting sumber]

Perlindungan perkakasan dan peranti Internet oleh Bitdefender dinamakan sebagai Bitdefender BOX. BOX ini merupakan penghala (router) yang direka khas untuk melindungi produk rumah pintar serta perkakasan dan peranti Internet dengan cara menyekat trafik Internet yang berbahaya. Perkhidmatan ini tersedia untuk Windows dan Mac.

Bitdefender menawarkan penyelesaian keselamatan yang berasaskan awan (cloud) dengan kemampuan mencegah perisian hasad, kecurian dan pencerobohan untuk pengguna Android dan iOS yang dinamakan sebagai Bitdefender Mobile Security.

Produk untuk perniagaan[sunting | sunting sumber]

Bagi kegunaan pejabat, syarikat ini memasarkan perkhidmatan Bitdefender GravityZone untuk keselamatan perusahaan. Perkhidmatan ini terdiri daripada kit swa-tatarajah untuk pengaturan dari desktop ke pusat data, dan seterusnya ke awan maya, perisian yang melindungi endpoint berasaskan awan, fizikal mahupun maya, serta perisian yang menggunakan jaringan data perisian hasad untuk sentiasa dikemaskini.[5]

Kegunaan Rumah Kegunaan Pejabat ISP
BitDefender Total Security 2009 *Product Suites Security for Exchange
BitDefender Internet Security 2009 BitDefender Small Office Security Security for Mail Servers (Win SMTP, Linux, FreeBSD)
BitDefender Antivirus 2009 BitDefender Business Security
BitDefender Free Edition BitDefender SBS Security
BitDefender Mobile Security v2 BitDefender Corporate Security
BitDefender GameSafe *Workstation Security and Management
BitDefender Client and Security
BitDefender Antivirus Scanner for Unices
*File Server Security
BitDefender Security for File Servers
BitDefender Security for Samba
BitDefender Security for SharePoint
*Mail Server Security
BitDefender Security for Exchange
BitDefender Security for Mail Servers
*Gateway Security
BitDefender Security for ISA Servers

Teknologi Bitdefender[sunting | sunting sumber]

Bitdefender Antispam NeuNet[sunting | sunting sumber]

Bitdefender Antispam NeuNet,[6] merupakan penapis antispam yang diprogramkan dan diuji oleh Makmal Antispam Bitdefender pada beberapa siri mesej spam, supaya ia dapat mengenal spam yang baharu dengan cara mengesan kesamaan antara mesej-mesej itu dengan mesej yang ia telah diuji.

B-HAVE[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mei 2006, Bitdefender telah membangunkan teknologi baharu, B-HAVE, untuk mengurangkan kebergantungannya pada tandatangan digital virus dengan cara mengesan ancaman yang tidak diketahui secara proaktif. Teknologi ini berasaskan analisis tingkah laku di persekitaran maya.[7]

Kawalan Aktif Virus[sunting | sunting sumber]

Bitdefender telah memperkenalkan Kawalan Virus Aktif (Active Virus Control) pada bulan Ogos 2009. Teknologi ini memantau secara berterusan setiap atur cara (proses tertentu) yang berjalan di komputer sebaik sahaja ia dibuka. Teknologi ini dapat mengesan sebarang tindakan berupa perisian hasad. Setiap tindakan diskorkan, apabila ambangnya dicapai, proses tersebut dilaporkan sebagai berbahaya.

Teknologi FuTON[sunting | sunting sumber]

Pada versi 2014, syarikat ini mengumumkan bahawa mereka telah membangunkan teknologi baharu yang dinamakan sebagai "Teknologi FuTON", yang dapat meningkatkan kelajuan dan prestasi komputer secara nyata dengan beradaptasi dengan setiap komputer secara beransur-ansur.

Teknologi penapisan kandungan[sunting | sunting sumber]

Teknologi penapisan kandungan telah dibangunkan untuk menapis kandungan Internet mentah. Teknologi ini digunakan dalam perkhidmatan antispam, anti-phishing, penapisan web, imbasan spam dan rangkaian sosial. Perkhidmatan ini juga memudahkan untuk mencipta tandatangan digital untuk mengesan secara proaktif fail berbahaya yang tidak pernah dilihat sebelumnya.

Machine learning[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini mengumumkan bahawa perisian Bitdefender menggunakan machine learning berasaskan awan maya untuk mengenal perisian hasad yang baharu, URL berbahaya serta ancaman Internet yang lain dengan cara memproses dan menganalisis data besar untuk mendapatkan corak tingkah laku dan mengesan ancaman lanjut yang akan datang.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Ketidakserasian dengan Asus AiSuite[sunting | sunting sumber]

Perisian Bitdefender adalah tidak serasi dengan Asus AiSuite2 dan Asus AiSuite3, iaitu suite pengoptimuman papan induk (motherboard) bagi perisian yang dipasangkan bersama dengan papan induk Asus, yang mendayakan overclock secara automatik, penalaan kuasa dan kawalan kipas. Bitdefender mengatakan bahawa ketidakserasian itu adalah disebabkan oleh pemacu NDIS Asus (WinpkFilter LightWeight Filter), yang menghalang pemasangan sesetengah fail Bitdefender.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Interview with Florin Talpes, CEO at Bitdefender". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2013. Dicapai pada 20 Julai 2015.
  2. ^ "Bitdefender Management". Bitdefender (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Julai 2017.
  3. ^ "Anti-malware vendors: global market share 2018 | Statistic". Statista (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Ogos 2018.
  4. ^ "Definition of: Bitdefender". PC Magazine Encyclopedia. Dicapai pada 17 Mei 2019.
  5. ^ "Bitdefender GravityZone Enterprise Security". Bitdefender (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Julai 2017.
  6. ^ Bitdefender Antispam NeuNet
  7. ^ "B-HAVE – The Road To Success". Security-int.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2009.
  8. ^ "Bitdefender installation fails due to ASUS AI Suite software - Bitdefender Support Centre". bitdefender.co.uk. Dicapai pada 4 Jun 2014.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]