BitTorrent (protokol)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo BitTorrent

BitTorrent ialah nama bagi sebuah protokol pengagihan fail pengguna ke pengguna, dan juga nama bagi perisian pelanggan bebas bagi protokol tersebut. Pada asalnya, protokol BitTorrent direka bentuk dan dicipta oleh Bram Cohen, seorang pengatur cara, tetapi kini ia diuruskan oleh BitTorrent Inc.

BitTorrent merupakan satu cara perkongsian fail yang bersaiz besar tanpa memerlukan kos lebar jalur, pelayan dan perkakas oleh pengedar fail yang asal.

Penggunaan protokol ini telah menyebabkan berlakunya permintaan perkhidmatan jalur lebar yang tinggi oleh masyarakat dunia amnya kerana ia memudahkan perkongsian fail walaupun dalam saiz dan bilangan yang amat besar.

Pelanggan BitTorrent yang asal ditulis dalam bahasa Python. Pada versi 4.0, kod sumbernya mula diterbitkan di bawah Lesen Sumber Terbuka BitTorrent. Terdapat juga pelbagai klien lain yang ditulis dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan dan dijalankan dalam pelbagai pelantar pengkomputeran.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Protokol BitTorrent membenarkan pengguna untuk mengagihkan banyak data tanpa permintaan tinggi pada komputer-komputer mereka yang diperlukan untuk menghoskan Internet. Satu pelayan hos yang piawai boleh diberhentikan dengan mudahnya jika paras tinggi aliran serentak data dicapai. Protokol bekerja sebagai suatu kaedah agihan data alternatif yang membuatkan malah komputer-komputer kecil dengan lebar jalur yang rendah pun mampu terlibat di dalam pemindahan data yang besar.

Pertama, seorang pengguna bermain peranan penyedia fail membuat fail itu ada pada rangkaian. Fail pengguna yang pertama dinamakan sebagai sebuah benih(seed) dan kebolehadaannya di dalam rangkaian membolehkan pengguna-pengguna lain yang dinamakan sebagai rakan sebaya(peers), untuk berhubung dan mula untuk muat turun fail benih(seed file). Sebagai rakan sebaya yang baru berhubung dengan rangkaian dan meminta fail yang sama, komputer mereka menerima satu kepingan data yang berbeza daripada benih berkenaan. Apabila perlbagai rakan sebaya mempunyai pelbagai kepingan benih, BitTorrent membenarkan setiap daripada mereka menjadi sebuah sumber untuk kepingan fail berkenaan. Kesan daripada ini akan mengambil sebahagian kecil kerja tersebut dan meringankan pengguna asal itu, mengagihkan kerja muat turun fail di kalangan benih dan banyak rakan sebaya. Dengan BitTorrent, tiada satu komputer pun perlu untuk membekalkan data di dalam kuantiti-kuantiti yang membahayakan kerja dengan menguasai semua sumber, keputusan akhir yang sama—tiap rakan lambat laun akan menerima semua fail—boleh dicapai.

Selepas fail berkenaan berjaya dimuat turun dengan sempurna oleh seorang rakan sebaya, dia berupaya untuk bertukar peranan dan menjadi sebuah benih tambahan, menolong rakan-rakan yang lain untuk menerima seluruh fail. Anjakan beransur-ansur daripada rakan sebaya menjadi pembenih menilaikan keseluruhan 'kesihatan' fail (seperti yang dinilai oleh sebilangan kali boleh diperolehi di dalam bentuknya yang sempurna).

Keadaan agihan semulajadi BitTorrent membawa kepada keadaan seperti banjir menular menerusi rakan sebaya. Semakin banyakl rakan sebaya menyertai kumpulan itu, semakin meningkat kecenderungan kejayaan suatu muat turun fail. Kaitan dengan penghosan Internet piawai, ia menyediakan satu pengurangan signifikan di dalam koa pengagih perkakasan yang asal hardware dan kos sumber lebar jalur. Ia juga menyediakan lebihan terhadap masalah sistem, mengurangkan kebergantungan kepada pengagih asal[1] dan menyediakan satu sumber untuk fail itu yang secara umumnya bersifat sementara dan oleh itu susah untuk mengesan daripada menyediakannya oleh kebolehadaan yang tahan lama oleh sebuah hos di dalam teknik-teknik pengagihan fail piawai.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Dalam animasi gambar ini, bar berwarna pada setiap pelanggan menunjukkan satu fail. Pemilik fail asal hanya perlu menghantar satu fail untuk berkongsi dengan semua orang.

Klien BitTorrent merupakan program yang menggunakan protokol BitTorrent. Setiap klien berkeupayaan untuk menyedia, meminta dan mengangkut sebarang fail computer melalui jaringan menggunakan protokol tersebut.

Untuk berkongsi sesuatu fail, pengguna mestilah menyediakan satu fail .torrent yang mengandungi metadata tentang fail tersebut bersama-sama trackernya (penjejak).

Pengguna yang ingin mendapatkan fail tersebut mestilah memuat turun fail .torrent terlebih dahulu. Kemudian pengguna harus membuka fail tersebut menggunakan mana-mana pelanggan BitTorrent seperti μTorrent.

Isu semasa[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, berikutan penggunaan yang tinggi oleh pengguna Internet, khususnya pelanggan Streamyx, TMNet telah menjalankan satu operasi mengurangkan penggunaan BitTorrent. Ini kerana penggunaan BitTorrent telah memenuhkan lebar jalur Malaysia dengan penggunaan sebanyak 60%. Ini secara tidak langsung memenuhkan laluan yang menghubungkan Malaysia dengan negara lain seterusnya mengurangkan capaian Internet oleh pengguna lain.

Untuk itu, TMNet telah mengaktifkan apa yang dikatakan traffic shaping. Paket-paket hantaran oleh protokol BitTorrent ke negara luar telah direndahkan keutamaannya (low priority) oleh TMNet. Akibatnya, pengguna BitTorrent di Malaysia hanya boleh berkongsi fail secara dalam negara sahaja. Ini menyebabkan beberapa pengguna Streamyx tidak puas hati dan menghantar surat kepada CEO TMNet sendiri.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Estimating Self-Sustainability in Peer-to-Peer Swarming Systems by D. Menasche, A. Rocha, E. de Souza e Silva, R. M. Leao, D. Towsley, A. Venkataramani