BlackBerry (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
BlackBerry
Fail:BlackBerryFilmPoster.png
Poster pawagam
PengarahMatt Johnson
Lakon layar
BerdasarkanLosing the Signal: The Untold Story Behind the Extraordinary Rise and Spectacular Fall of BlackBerry oleh
Jacquie McNish
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiJared Raab
Disunting olehCurt Lobb
Muzik olehJay McCarrol
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehElevation Pictures
Tarikh tayangan
  • 17 Februari 2023 (2023-02-17) (Berlin)
  • 12 Mei 2023 (2023-05-12) (Canada)
Masa tayangan
121 minit
NegaraKanada[1]
BahasaInggeris
Bajet$5 juta[2]
Pecah panggung$2.9 juta[3][4]

BlackBerry ialah filem Kanada yang terbit pada tahun 2023 bergenre drama komedi biografi. Filem ini diarahkan oleh Matt Johnson dan filem yang paling banyak mendapat pencalonan kategori dalam sejarah Anugerah Skrin Kanada. Mathew Williams sebagai penerbit mengambil plot filem[5] daripada karya buku terbitan Jacquie McNish dan Sean Silcoff yang bertajuk Losing the Signal: The Untold Story Behind the Extraordinary Rise and Spectacular Fall of BlackBerry (hilangnya signal: alkisah sebuah rahsia tentang eksplotiviti kejayaan dan keruntuhan daripada BlackBerry). Filem ini merupakan akaun fiksyen mengenai awal mula penubuhan jenama telefon bimbit BlackBerry.[6]

Pengasas syarikat itu ialah Douglas Fregin, Mike Lazaridis, dan sokongan kewangan daripada Jim Balsillie sebagai pelabur. Lazaridis dilakonkan oleh Jay Baruchel, Balsillie dilakonkan oleh Glenn Howerton, dan Fregin dilakonkan oleh Johnson. Ia menampilkan pelakon-pelakon lain dalam peranan sebagai watak sokongan oleh Rich Sommer, Michael Ironside, Martin Donovan, Michelle Giroux, SungWon Cho, Mark Critch, Saul Rubinek, dan Cary Elwes.

BlackBerry ditayangkan perdana dalam pertandingan di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-73 pada tarikh 17 Februari 2023. Ia telah dikeluarkan di Kanada pada 12 Mei 2023, dengan ulasan yang positif. Pada penghujung 2023, Blackberry telah diterbitkan semula sebagai siri mini TV dengan tiga bahagian dan rakaman tambahan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DL1 tidak disediakan
  2. ^ Eric Kohn (May 10, 2023). "How to Make a Modern Period Piece for $5 Million: Behind the Scenes of 'BlackBerry'". IndieWire. Dicapai pada May 22, 2023.
  3. ^ "BlackBerry (2023) - Financial Information". The Numbers. Dicapai pada 2023-06-23.
  4. ^ "BlackBerry (2023)". Box Office Mojo. Dicapai pada 2023-06-23.
  5. ^ Glasner, Eli (May 12, 2023). "Chaotic, comedic and surprisingly personal — thumbs up for Jay Baruchel's BlackBerry". CBC News.
  6. ^ "Don't expect a biopic: 'BlackBerry' filmmakers on walking a line of fact and fiction". CTVNews (dalam bahasa Inggeris). 2023-03-07. Dicapai pada 2023-07-16.