Blendi Idrizi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Blendi Idrizi
Idrizi bersama Schalke 04 pada tahun 2021
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1998-05-02) 2 Mei 1998 (umur 25)[1]
Tempat lahir Bonn, Jerman
Ketinggian 1.76 m (5 ka 9 in)[2]
Posisi permainan Pertengahan serang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Schalke 04
Nombor 18
Kerjaya remaja
2011–2012 Blau-Weiß Friesdorf
2012–2014 Bonner SC
2014–2015 TSC Euskirchen
2015–2017 1. FC Köln
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2017–2018 Blau-Weiß Friesdorf 25 (16)
2018–2019 Alemannia Aachen 28 (4)
2019–2020 Fortuna Köln 13 (1)
2020– Schalke 04 II 39 (9)
2021– Schalke 04 31 (3)
2022–2023Jahn Regensburg (pinjaman) 18 (0)
Pasukan kebangsaan
2019–2020 Kosovo U21 3 (0)
2021– Kosovo 6 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 December 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13 June 2022

Blendi Idrizi (lahir 2 Mei 1998) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Kosovo yang bermain sebagai gelandang serang untuk kelab 2. Bundesliga Schalke 04. Dilahirkan di Jerman, beliau juga mewakili pasukan kebangsaan Kosovo.

Kerjaya Kelab[sunting | sunting sumber]

Idrizi pada usia 13 tahun mula bermain bola sepak di Blau-Weiß Friesdorf, di mana selepas setahun itu, beliau dipindahkan ke Bonner SC. Beliau selain menjadi sebahagian daripada Bonner SC, beliau juga menjadi sebahagian daripada TSC Euskirchen (2014–2015) dan 1. FC Köln (2015–2017).[3] Pada musim 2017–18, Idrizi kembali ke pasukan terdahulu, Blau-Weiß Friesdorf, tetapi kini sebagai pemain pasukan utama dan berjaya menjaringkan 16 gol dalam 25 perlawanan.[3]

Alemannia Aachen[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Mei 2018, Idrizi menyertai pasukan Regionalliga West Alemannia Aachen.[4] Pada 29 Julai 2018, beliau membuat penampilan sulung dalam kekalahan 2–1 di luar rumah menentang Viktoria Köln selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-58 menggantikan Mahmut Temür.[5]

Fortuna Köln[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Jun 2019, Idrizi menyertai pasukan Regionalliga West Fortuna Köln.[6] Pada 10 Ogos 2019, beliau membuat penampilan sulung dalam seri 1–1 di rumah menentang Wattenscheid 09 selepas disenaraikan dalam barisan pertama.[7]

Schalke 04[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Januari 2020, Idrizi menyertai pasukan Regionalliga West Schalke 04 II.[8] Tiga hari kemudian, beliau membuat penampilan sulung dalam kemenangan 2–0 di rumah menentang bekas kelabnya Bonner SC selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74 menggantikan Jason Ceka.[9]

Pada 12 Mei 2021, Idrizi membuat penampilan sulung dalam pasukan utama dalam kekalahan 2–1 di luar rumah menentang Hertha BSC, memulakan perlawanan sebelum digantikan pada minit ke-77 untuk Steven Skrzybski.[10] Tiga hari selepas penampilan sulung, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Schalke 04 dalam penampilannya yang kedua untuk kelab dalam kemenangan 4–3 di rumah menentang Eintracht Frankfurt dalam Bundesliga.[11]

Pinjaman ke Jahn Regensburg[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Ogos 2022, Idrizi menyertai pasukan 2. Bundesliga Jahn Regensburg, dengan pinjaman selama musim.[12]

Kerjaya Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bawah-21[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Mei 2017, Idrizi menerima panggilan dari Kosovo U21 untuk kem latihan tiga hari. Pada 9 Oktober 2019, beliau sekali lagi menerima panggilan dari Kosovo U21 untuk perlawanan kelayakan Kejohanan Bawah-21 Eropah UEFA 2021 menentang Albania U21,[13] dan membuat penampilan sulungnya selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-88 menggantikan Gezim Pepsi.[14]

Utama[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mei 2021, Idrizi menerima panggilan dari Kosovo untuk perlawanan persahabatan menentang San Marino dan Malta.[15] Tujuh hari kemudian, beliau membuat penampilan sulung bersama Kosovo dalam perlawanan persahabatan menentang San Marino selepas disenaraikan dalam barisan pertama.[16]

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Idrizi dilahirkan di Bonn, Jerman kepada ibu bapa Albania Kosovo dari Gjilan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Templat:FootballDatabase.eu
  2. ^ "Blendi Idrizi". FC Schalke 04. Dicapai pada 4 August 2022.
  3. ^ a b c "Blendi Idrizi | Spielerprofil | Bundesliga" [Blendi Idrizi | Profil Pemain | Bundesliga] (dalam bahasa Jerman). Bundesliga. Dicapai pada 12 May 2021.
  4. ^ "Alemannia Aachen verpflichtet mit Blendi Idrizi und Marcel Kaiser zwei Offensivspieler" [Alemannia Aachen menandatangani dua pemain serangan dengan Blendi Idrizi dan Marcel Kaiser]. Fussball.com (dalam bahasa Jerman). 14 May 2018.
  5. ^ "Viktoria Köln vs. Alemannia Aachen 2–1". Soccerway. Dicapai pada 29 July 2018.
  6. ^ "Blendi Idrizi wechselt zu Fortuna Köln" (dalam bahasa Jerman). SC Fortuna Köln. 25 June 2019.
  7. ^ "Unentschieden gegen Wattenscheid: Fortuna erkämpft sich ersten Punkt" [Seri menentang Wattenscheid: Fortuna menuntut mata pertama] (dalam bahasa Jerman). SC Fortuna Köln. 10 August 2019.
  8. ^ "U23: Blendi Idrizi wird ein Königsblauer" [U23: Blendi Idrizi akan menjadi biru diraja] (dalam bahasa Jerman). FC Schalke 04. 29 January 2020.
  9. ^ "2:0 – U23 holt drei Punkte gegen Bonn" [2-0 – U23 mendapat tiga mata menentang Bonn] (dalam bahasa Jerman). FC Schalke 04. 1 February 2020.
  10. ^ "Frühes Harit-Tor reicht nicht: S04 unterliegt Hertha BSC" [Gol awal Harit tidak mencukupi: S04 kalah kepada Hertha BSC] (dalam bahasa Jerman). FC Schalke 04. 12 May 2021.
  11. ^ "S04 beat Frankfurt 4–3 at home". FC Schalke 04. 15 May 2021.
  12. ^ "Blendi Idrizi joins SSV Jahn Regensburg on loan". FC Schalke 04. 30 August 2022.
  13. ^ "Prekazi e Kastrati shfaqen optimistë për ndeshjen me Shqipërinë" [Prekazi dan Kastrati muncul optimis untuk perlawanan menentang Albania] (dalam bahasa Albania). Football Federation of Kosovo. 9 October 2019.
  14. ^ "Albania U21 vs. Kosovo U21 2–1". Soccerway. Dicapai pada 15 October 2019.
  15. ^ "Challandes e publikon listën e futbollistëve për miqësoret kundër San Marinos e Maltës" (dalam bahasa Albania). Football Federation of Kosovo. 25 May 2021.
  16. ^ "Formacionet zyrtare: Kosova-San Marino, debutime dhe taktika të reja nga Challandes" (dalam bahasa Albania). Football Federation of Kosovo. 1 June 2021.