Blink-182
Blink-182 | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | San Diego, California, A.S. |
Genre | Punk pop, Rock alternatif |
Syarikat rakaman | Geffen, Filter, Kung Fu, Cargo Music, Grilled Cheese, MCA, Interscope |
Pengkarya berkait | +44, Angels & Airwaves, The Aquabats, Box Car Racer, Transplants |
Laman sesawang | [1] |
Ahli | Tom DeLonge Mark Hoppus Travis Barker |
Bekas ahli | Scott Raynor |
Blink-182 ialah sebuah kugiran pop punk Amerika Syarikat dari San Diego, California yang dibentuk pada tahun 1992. Kugirannya yang mulanya dikenali sebagai "Blink" dianggotai oleh vokalis dan gitaris Tom DeLonge, vokalis dan bassis Mark Hoppus dan pemain dram Scott Raynor. Pada tahun 1998, di tengah konsert jelajah A.S, Scott Raynor telah digantikan dengan Travis Barker. Blink-182 telah diakui sebagai pelopor kunci muzik pop punk dan telah mempengaruhi pelbagai kugiran dewasa ini.
Selepas mengeluarkan album Cheshire Cat pada tahun 1994 kumpulan ini kemudiannya mendapat sambutan baik daripada album Dude Ranch yang telah diterbitkan pada 1997 dimana sekarang ini telah terjual lebih berjuta-juta salinan. Namun, kugiran ini telah mencapai kejayaan yang lebih besar dengan penjualan album Enema of the State yang telah diterbitkan pada tahun 1999. Blink-182 menerima populariti kerana jenaka mereka yang kurang sopan dan album seterusnya Take Off Your Pants and Jacket mnduduki carta pertama di Amerika Syarikat, Kanada dan Jerman. Album kelima mereka iaitu Blink-182 telah manampilkan unsur yang lebih matang berbanding album-album terdahulu.
Tom DeLonge kemudiannya meninggalkan Blink-182 pada awal tahun 2005 dan kemudiannya membentuk kumpulan Angels & Airwaves sementara Mark Hoppus dan Travis Barker terus bermain muzik bersama dengan menubuhkan kumpulan +44. Setelah beberapa peristiwa tragis yang melibatkan ahli kumpulan mereka, mereka bersatu kembali pada bulan Februari 2009 dan album keenam mereka Neighborhoods dijadualkan akan diterbitkan pada 27 September, 2011.
Sehingga kini, album Blink-182 telah dijual sebanyak 25 juta di seluruh dunia.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Blink-182 dibentuk oleh Tom DeLonge (vokal dan gitar) dan Mark Hoppus (vokal dan bass). Setelah itu, Scott Raynor dimasukkan sebagai pemain drum. Blink-182 sebelumnya dinamakan Blink, tetapi oleh kerana telah mempunyai kugiran beraliran pop yang berasal dari Irlandia yang bernama Blink, mereka pun menambahkan angka 182 dan menjadi Blink-182.
Pada tahun 1998, Scott telah keluar dari Blink-182 dan digantikan oleh Travis Barker.
Ahli kumpulan
[sunting | sunting sumber]Ahli
- Mark Hoppus - vokal, bass, pencipta lagu (1992-2005, 2009-sekarang)
- Tom DeLonge - vokal utama, gitar, pencipta lagu (1992-2005, 2009-sekarang)
- Travis Barker - drum (1998-2005, 2009-sekarang)
Bekas ahli
- Scott Raynor - drum (1992-1998)
Garis masa
[sunting | sunting sumber]Diskografi
[sunting | sunting sumber]- Cheshire Cat (1994)
- Dude Ranch (1997)
- Enema of the State (1999)
- Take Off Your Pants and Jacket (2001)
- Blink-182 (2003)
- Neighborhoods (2011)
- California (2016)
- Nine (2019)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Link tambahan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Blink-182. |