Bliz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
BLiZ
Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia
Genre Melodramatic
Rock alternatif
Gothic rock
Tahun aktif 2007-kini
Label Bliz Production
Laman sesawang http://www.facebook.com/blizmuzik
http://www.myspace.com/blizmuzik
http://www.youtube.com/blizvideo
http://twitter.com/blizmuzik
http://reverbnation.com/blizmuzik
Ahli Mohaid Rosli
Jakalll
Opie

Bliz merupakan sebuah kumpulan indie dari Malaysia. Kumpulan ini memperjuangkan muzik Rock Melodramatik. Trio ini terdiri daripada Mohaid Adib sebagai vokalis dan pemain gitar, Jakall sebagai pemain bass dan juga Opie sebagai pemain drum.[1]

Nama kumpulan Bliz ini diambil sempena perkataan Bliss yang membawa maksud keindahan yang terdapat di dalam setiap lagu-lagu kelam yang pernah diahsilkan oleh Bliz.Muzik yang mereka ketengahkan ialah hasil gabungan irama klasik daripada lagu-lagu melayu serta mainan moden gitar dalam usaha menarik pendengar muda dan berusia supaya melodi klasik melayu tidak terus dilupakan.

Kebanyakan lagu-lagu Bliz dihasilkan oleh Mohaid Adib yang meminati tema cinta dan lirik yang ringkas dan mudah difahami. Jakall sebagai pemain bass dan juga kartunis Ujang suka mencari kelainan dalam menyusun not-not lagu berbanding permainan bass yang biasa manakala Opie akan memanipulasi ketukan drumnya supaya tidak kedengaran seperti ketukan drum biasa.


Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Baru-baru ini, Bliz telah mengeluarkan album mini mereka terdiri daripada lima buah lagu hasil rakaman demo serta lima buah lagu lagi hasil rakaman terbaru mereka. Lagu-lagu tersebut adalah:

  1. Mimpi Yang mati
  2. Sepi Senjaku
  3. My Alexandra
  4. Syurga Lebih Menyayangimu
  5. Dream a Dream

Rujukan[sunting | sunting sumber]