Bola Sepak untuk Persahabatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bola Sepak untuk Persahabatan merupakan program sosial kanak-kanak antarabangsa tahunan yang dilaksanakan oleh PJSC Gazprom. Matlamat program ini adalah untuk memupuk nilai penting dan minat terhadap gaya hidup sihat menerusi bola sepak dalam generasi yang lebih muda.[1] Dalam rangka kerja program ini, pemain bola sepak yang berusia 12 tahun dari pelbagai negara[2] mengambil bahagian dalam forum kanak-kanak antarabangsa tahunan, Piala Dunia dalam "Bola Sepak untuk Persahabatan", Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa.[3] Program ini disokong oleh Jawatankuasa FIFA, UEFA, PBB, Olimpik dan Paralimpik, pelbagai kerajaan dan persekutuan bola sepak dari pelbagai negara, badan amal antarabangsa, organisasi awam, kelab bola sepak utama di dunia [98]. Penganjur global program ini adalah AGT Communications Group (Rusia).[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bola Sepak untuk Persahabatan 2013[sunting | sunting sumber]

Forum Bola Sepak untuk Persahabatan kanak-kanak antarabangsa yang pertama diadakan pada 25 Mei 2013, di London. 670 kanak-kanak dari 8 negara telah mengambil bahagian: dari Bulgaria, Great Britain, Hungary, Jerman, Greece, Rusia, Serbia dan Slovenia. Rusia diwakili oleh 11 pasukan bola sepak dari 11 bandar di Rusia yang akan menjadi tuan rumah pertandingan Piala Dunia FIFA pada tahun 2018. Pasukan junior kelab Zenit, Chelsea, Schalke 04, Crvena Zvezda, pemenang hari sukan kanak-kanak Gazprom dan pemenang pesta Fakel juga menyertai forum itu.[5]

Sepanjang forum, kanak-kanak ini berbual dengan rakan sebaya mereka dari negara lain dan pemain bola sepak terkenal selain turut menghadiri perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA pada 2012/2013 di Stadium Wembley.[6]

Hasil daripada forum ini ialah sepucuk surat terbuka yang mana kanak-kanak ini telah merumuskan lapan nilai program: persahabatan, persamaan, keadilan, kesihatan, keamanan, kesetiaan, kemenangan dan tradisi. Kemudian surat itu dihantar kepada ketua UEFA, FIFA dan IOC. Pada bulan September 2013, semasa pertemuan dengan Vladimir Putin dan Vitaly Mutko, Sepp Blatter mengesahkan penerimaan surat itu dan menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk menyokong Bola Sepak untuk Persahabatan.[7]

Bola Sepak untuk Persahabatan 2014[sunting | sunting sumber]

Musim kedua program Bola Sepak untuk Persahabatan telah diadakan di Lisbon pada 23-25 Mei 2014 dan lebih 450 remaja dari 16 negara telah mengambil bahagian: Belarus, Bulgaria, Great Britain, Hungary, Jerman, Itali, Netherlands, Poland, Portugal, Russia, Serbia, Slovenia, Turki, Ukraine, Perancis dan Croatia. Pemain bola sepak muda mengambil bahagian dalam forum Bola Sepak untuk Persahabatan antarabangsa, kejohanan bola sepak jalanan dan menghadiri perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA pada 2013/2014.[8] Juara Kejohanan Bola Sepak Jalanan Antarabangsa pada tahun 2014 ialah pasukan junior Benfica (Portugal).

Musim kedua program ini telah berhasil memilih seorang pemimpin untuk pergerakan Bola Sepak untuk Persahabatan. Beliau ialah Felipe Suarez dari Portugal. Pada bulan Jun 2014, sebagai ketua pergerakan itu, beliau melawat kejohanan bola sepak belia antarabangsa yang kesembilan sebagai mengenang Yuri Andreyevich Morozov.[9]

Bola Sepak untuk Persahabatan 2015[sunting | sunting sumber]

Musim ketiga program sosial antarabangsa Bola Sepak untuk Persahabatan telah diadakan pada bulan Jun 2015 di Berlin. Peserta muda dari benua Asia – pasukan bola sepak kanak-kanak dari Jepun, China dan Kazakhstan – menyertai program ini untuk kali pertama. Secara keseluruhan, pasukan junior daripada 24 kelab bola sepak dari 24 negara mengambil bahagian dalam musim ketiga.[10]

Pemain bola sepak muda berbual dengan rakan-rakan mereka dari negara lain dan bintang bola sepak dunia, termasuk duta global program, Franz Beckenbauer, selain turut mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa bola sepak jalanan dalam kalangan pasukan junior. Juara Kejohanan Bola Sepak Jalanan Antarabangsa pada tahun 2015 ialah pasukan junior Rapid (Austria).Hampir 200 wartawan daripada penerbitan terkemuka di dunia, selain 24 wartawan muda dari Eropah dan Asia, yang merupakan ahli Pusat Percetakan Kanak-kanak Antarabangsa telah membuat liputan acara musim ketiga program Bola Sepak untuk Persahabatan tersebut.[10]

Kemuncak 2015 ialah upacara penganugerahan Piala Nine Values, yang telah digondol oleh kelab bola sepak Barcelona (Sepanyol). Pemenang telah dipilih oleh kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pengundian yang dijalankan di semua 24 negara yang mengambil bahagian pada malam Forum tersebut.[10]

Pada akhir Forum, semua peserta meneruskan amalan tradisi dengan menghadiri perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA 2014/2015 di Stadium Olimpik Berlin.[11]

Bola Sepak untuk Persahabatan 2016[sunting | sunting sumber]

Program Sosial Bola Sepak untuk Persahabatan Kanak-kanak Antarabangsa pada tahun 2016 telah dimulakan dengan satu persidangan akhbar melalui Hangout dalam talian yang diadakan pada 24 Mac di Munich dan disertai oleh duta global program Franz Beckenbauer.[12]

Pada musim keempat program, 8 pasukan junior baru dari Azerbaijan, Algeria, Armenia, Argentina, Brazil, Vietnam, Kyrgyzstan dan Syria telah menyertainya, menjadikan jumlah negara yang mengambil bahagian mencecah 32 negara.[13]

Pada 5 April 2016, pengundian untuk trofi yang unik, Piala Nine Values bermula. Peminat dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam pemilihan pemenang, tetapi keputusan akhir dibuat oleh peserta program Bola Sepak untuk Persahabatan dengan mengundi. Piala telah dimenangi oleh kelab bola sepak Bayern (Munich). Peserta yang mengikuti program Bola Sepak untuk Persahabatan menyaksikan aktiviti yang dijalankan oleh kelab untuk menyokong kanak-kanak dengan keperluan khas, dan juga inisiatif untuk menyediakan rawatan kepada kanak-kanak di banyak negara di samping membantu golongan yang memerlukan.[14]

Forum kanak-kanak antarabangsa mengenai Bola Sepak untuk persahabatan dan kejohanan bola sepak jalanan antarabangsa kanak-kanak telah berlangsung pada 27 - 28 Mei 2016 di Milan.  Pasukan Maribor dari Slovenia telah menjuarai kejohanan tersebut. Pada akhir Forum, peserta meneruskan tradisi dengan menghadiri perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA. Lebih 200 wartawan daripada media terkemuka di dunia, serta Pusat Akhbar Antarabangsa Kanak-kanak, termasuk wartawan muda dari negara yang mengambil bahagian telah membuat liputan acara Forum.[15]

Pemain bola sepak muda daripada kelab Syria, Al-Wahda mengambil bahagian dalam musim keempat Bola Sepak untuk Persahabatan, buat julung kalinya. Pemasukan pasukan Syria dalam kalangan peserta program, dan kunjungan anak-anak Syria ke acara di Milan merupakan langkah penting ke arah mengatasi pengasingan kemanusiaan negara tersebut[66]. Lembaga editor sukan Arab bagi saluran televisyen antarabangsa Rusia Today, dengan sokongan Persekutuan Bola Sepak Syria, membuat penggambaran filem dokumentari "Tiga hari tanpa peperangan" tentang kanak-kanak yang menyertai projek tersebut. Pada 14 September 2016, lebih 7,000 orang hadir ke tayangan filem perdana itu di Damsyik.[15]

Bola Sepak untuk Persahabatan 2017[sunting | sunting sumber]

Projek sosial kanak-kanak antarabangsa Bola Sepak untuk Persahabatan pada tahun 2017 telah diadakan di St. Petersburg (Rusia) dan acara akhir berlangsung di sini dari 26 Jun hingga 3 Julai.[16]

Pada tahun 2017, bilangan negara yang mengambil bahagian telah meningkat daripada 32 negara kepada 64 negara. Untuk julung kali, program Bola Sepak untuk Persahabatan dihadiri oleh kanak-kanak dari Mexico dan Amerika Syarikat. Dengan itu, projek ini menyatukan pemain muda dari empat benua — Afrika, Eurasia, Amerika Utara dan Amerika Selatan.[17]

Pada musim kelima, program ini dilaksanakan mengikut konsep baharu: seorang pemain bola sepak muda dari setiap negara dipilih untuk mewakilinya. Pemain lelaki bersatu dalam lapan Pasukan Persahabatan antarabangsa, dibentuk daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 12 tahun, termasuk mereka yang kurang upaya.[18]

Komposisi pasukan negara dan kedudukan permainan untuk semua wakil negara yang mengambil bahagian ditentukan dalam satu proses cabutan terbuka. Cabutan telah diadakan dalam mod persidangan Internet. Setiap Pasukan Persahabatan yang terdiri daripada lapan pasukan diketuai oleh jurulatih muda: Rene Lampert (Slovenia), Stefan Maksimovich (Serbia), Brandon Shabani (Great Britain), Charlie Sui (China), Anatoly Chentuloyev (Rusia), Bogdan Krolevetsky (Rusia), Anton Ivanov (Rusia), Emma Henschen (Belanda). Liliya Matsumoto (Jepun), seorang wakil daripada pusat akhbar antarabangsa Bola Sepak untuk Persahabatan, turut mengambil bahagian dalam cabutan.[19]

Pemenang Piala Dunia dalam Bola Sepak untuk Persahabatan 2017 ialah pasukan "jingga", juga terdiri daripada jurulatih muda dan pemain bola sepak muda dari sembilan negara: Rene Lampert (Slovenia), Hong Jun Marvin Tue (Singapura), Paul Puig I Montana (Sepanyol), Gabriel Mendoza (Bolivia), Ravan Kazimov (Azerbaijan), Khrisimir Stanimirov Stanchev (Bulgaria), Ivan Agustin Casco (Argentina), Roman Horak (Republik Czech), Hamzah Yusuf Nuri Alhavvat (Libya).[19]

Forum kanak-kanak antarabangsa mengenai Bola Sepak untuk Persahabatan telah dihadiri oleh Viktor Zubkov (pengerusi lembaga pengarah PJSC Gazprom), Fatma Samura (Setiausaha Agung FIFA), Philippe Le Flock (Pengarah Besar Komersil FIFA), Giulio Baptista (pemain bola sepak Brazil), Ivan Zamorano (penyerang Chile), Alexander Kerzhakov (pemain bola sepak Rusia) dan tetamu lain, yang menggesa akan penggalakan nilai utama manusia dalam kalangan generasi muda.[20]

Pada tahun 2017, projek ini telah mengumpulkan lebih 600,000 orang, dan lebih 1,000 kanak-kanak serta orang dewasa dari 64 negara telah menghadiri acara akhir di St Petersburg.[21]

Bola Sepak untuk Persahabatan 2018[sunting | sunting sumber]

Pada 2018, telah diputuskan bahawa Musim Keenam Program Bola Sepak untuk Persahabatan akan diadakan dari 15 Februari hingga 15 Jun. Acara-acara penutup telah berlangsung di Moscow tidak lama sebelum Piala Dunia FIFA 2018 bermula. Para peserta Program tersebut adalah termasuk para pemain bola sepak dan wartawan muda yang mewakili 211 negara dan rantau di dunia.[22] Pelancaran rasmi Program 2018 dimulakan dengan Cabutan Terbuka Bola Sepak untuk Persahabatan secara langsung, mana hasilnya adalah  32 pasukan bola sepak antarabangsa iaitu - Pasukan Persahabatan - dibentuk.

Mengaitkan dengan misi alam sekitar, pelbagai Pasukan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa 2018 telah dinamakan sempena spesies-spesies haiwan yang nadir dan terancam.

Pasukan Antarabangsa Persahabatan untuk Program Bola Sepak untuk Persahabatan

Gajah Afrika

Biawak komodo

Monyet Kipunji

Kura-kura Gergasi

Gazel Dama

Citah

Badak

Angel Shark[23]

Beruang Kutub

Lemur

Beruang Grizzly

Jerung Paus

Sloth Tiga Jari Kaki

Ular Tedung Selar

Cimpanzi

Buaya Gavial India

Gorila Barat

Burung Belauk Imperial

Saiga

Kapucin Muka Putih (White-Fronted Capuchin)

Koala

Harimau Siberia

Zebra Grévy

Mawas

Panda Gergasi

Burung Penguin Magellanic

Zirafah Rothschild

Ikan Paus Humpback

Anjing Pemburu Africa

Singa

Badak Air

Singa Laut Galápagos

Selain itu, dalam rangka kerja misi alam sekitar, Kempen Antarabangsa “Happy Buzz Day” yang menggalakkan komuniti dunia untuk menyokong organisasi-organisasi yang menyelamatkan spesies-spesies terancam telah dilancarkan pada 30 Mei 2018. Pelbagai taman negara dan rizab di Rusia, Amerika Syarikat, Nepal dan Great Britain[24] telah menyertai Kempen tersebut.[25] Selain itu, semasa acara terakhir Program Bola Sepak untuk Persahabatan di Moscow, para peserta telah membuat perjalanan dengan bas mesra alam yang menggunakan gas asli.

Negara-negara dan rantau-rantau yang mengambil bahagian dalam Program Bola Sepak untuk Persahabatan 2018:

1. Komanwel Australia

2. Republik Austria

3. Republik Azerbaijan

4. Republik Demokrasi Rakyat Algeria

5. Kepulauan Virgin Amerika Syarikat

6. Samoa Amerika

7. Anguilla

8. Antigua dan Barbuda

9. Republik Arab Mesir

10. Republik Argentina

11. Aruba

12. Barbados

13. Belize

14. Kepulauan Bermuda

15. Republik Bolivaria Venezuela

16. Bosnia dan Herzegovina

17. Kepulauan British Virgin

18. Burkina Faso

19. Grand Duchy Luxembourg

20. Hungary

21. Republik Timur Uruguay

22. Republik Gabon

23. Republik Guinea

24. Gibraltar

25. Brunei Darussalam

26. Tiada Negara

27. Negara Qatar

28. Kuwait

29. Libya

30. Palestin

31. Grenada

32. Republik Hellenic

33. Georgia

34. Republik Demokratik Timor-Leste

35. Republik Demokratik Congo

36. Republik Demokratik São Tomé dan Príncipe

37. Republik Sosialis Demokratik Sri Lanka

38. Republik Dominica

39. Kerajaan Hasyimiyah Jordan

40. Republik Islam Afghanistan

41. Republik Islam Iran

42. Republik Islam Mauritania

43. Republik Itali

44. Republik Yemen

45. Kepulauan Cayman

46. Kanada

47. Republik Rakyat China

48. Taipei China (Taiwan)

49. Kerajaan Andorra

50. Kerajaan Liechtenstein

51. Republik Kerjasama Guyana

52. Republik Rakyat Demokratik Korea

53. Kerajaan Bahrain

54. Kerajaan Belgium

55. Kerajaan Bhutan

56. Kerajaan Denmark

57. Kerajaan Sepanyol

58. Kerajaan Kemboja

59. Kerajaan Lesotho

60. Kerajaan Morocco

61. Kerajaan Belanda

62. Kerajaan Norway

63. Kerajaan Arab Saudi

64. Kerajaan Swaziland

65. Kerajaan Thailand

66. Kerajaan Tonga

67. Kerajaan Sweden

68. Republik Kyrgyz

69. Curaçao

70. Republik Demokratik Rakyat Lao

71. Republik Latvia

72. Republik Lebanon

73. Republik Lithuania

74. Malaysia

75. Republik Maldives

76. Negeri-negeri Mexico Bersatu

77. Negara Plurinasional Bolivia

78. Mongolia

79. Montserrat

80. Republik Rakyat Bangladesh

81. Negara Bebas Papua New Guinea

82. Negara Bebas Samoa

83. New Zealand

84. New Caledonia

85. Republik Bersatu Tanzania

86. Emiriah Arab Bersatu

87. Kepulauan Cook

88. Kepulauan Turks dan Caicos

89. Republik Albania

90. Republik Angola

91. Republik Armenia

92. Republik Belarus

93. Republik Benin

94. Republik Bulgaria

95. Republik Botswana

96. Republik Burundi

97. Republik Vanuatu

98. Republik Haiti

99. Republik Gambia

100. Republik Ghana

101. Republik Guatemala

102. Republik Guinea-Bissau

103. Republik Honduras

104. Republik Djibouti

105. Republik Zambia

106. Republik Zimbabwe

107. Republik India

108. Republik Indonesia

109. Republik Iraq

110. Republik Ireland

111. Republik Iceland

112. Republik Kazakhstan

113. Republik Kenya

114. Republik Cyprus

115. Republik Colombia

116. Republik Congo

117. Republik Korea

118. Republik Kosovo

119. Republik Costa Rica

120. Republik Ivory Coast

121. Republik Cuba

122. Republik Liberia

123. Republik Mauritius

124. Republik Madagascar

125. Republik Macedonia

126. Republik Malawi

127. Republik Mali

128. Republik Malta

129. Republik Mozambique

130. Republik Moldova

131. Republik Namibia

132. Republik Niger

133. Republik Nicaragua

134. Republik Cape Verde

135. Republik Islam Pakistan

136. Republik Panama

137. Republik Paraguay

138. Republik Peru

139. Republik Poland

140. Republik Portugal

141. Republik Rwanda

142. Republik San Marino

143. Republik Seychelles

144. Republik Senegal

145. Republik Serbia

146. Republik Singapura

147. Republik Slovenia

148. Republik Kesatuan Myanmar

149. Republik Sudan

150. Republik Surinam

151. Republik Sierra Leone

152. Republik Tajikistan

153. Republik Trinidad dan Tobago

154. Republik Turmenistan

155. Republik Uganda

156. Republik Uzbekistan

157. Republik Fiji

158. Republik Filipina

159. Republik Croatia

160. Republik Chad

161. Republik Montenegro

162. Republik Chile

163. Republik Ecuador

164. Republik Guinea Khatulistiwa

165. Republik El Salvador

166. Republik Sudan Selatan

167. Republik Cameroon

168. Republik Kesatuan Rusia

169. Romania

170. Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China

171. Negeri Bersekutu Bebas Puerto Rico

172. Ireland Utara

173. Saint Vincent dan Grenadines

174. Saint Lucia

175. Republik Arab Syria

176. Republik Slovak

177. Komanwel Bahamas

178. Komanwel Dominica

179. United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara

180. Amerika Syarikat

181. Kepulauan Solomon

182. Republik Sosialis Vietnam

183. Kesatuan Comoros

184. Wilayah Pentadbiran Khas Macao bagi Republik Rakyat China

185. Kesultanan Oman

186. Tahiti

187. Wilayah Guam

188. Republik Togo

189. Republik Tunisia

190. Republik Turki

191. Ukraine

192. Wales

193. Kepulauan Faroe

194. Republik Demokratik Persekutuan Nepal

195. Republik Demokratik Persekutuan Ethiopia

196. Republik Demokratik Bersekutu Brazil

197. Republik Persekutuan Jerman

198. Republik Persekutuan Nigeria

199. Republik Persekutuan Somalia

200. Persekutuan Saint Kitts dan Nevis

201. Republik Finland

202. Republik Perancis

203. Republik Afrika Tengah

204. Republik Czech

205. Gabungan Switzerland

206. Scotland

207. Eritrea

208. Republik Estonia

209. Republik Afrika Selatan

210. Jamaica

211. Negara Jepun

Sebanyak 32 Pasukan Persahabatan Antarabangsa menyertai Kejohanan Dunia Bola Sepak untuk Persahabatan 2018. Buat kali pertama dalam sejarah Program, perlawanan akhir tersebut diulas oleh Pengulas Muda dari Syria, Yazan Taha[26] dan dinilai oleh Pengadil Muda dari Rusia, Bogdan Batalin[27].

Pemenang Kejohanan Dunia Bola Sepak untuk Persahabatan adalah pasukan "Chimpanzees" yang terdiri daripada pemain muda dari Dominica, St. Kitts dan Nevis, Malawi, Colombia, Benin dan Republik Demokratik Congo. Vladislav Poliakov[28], Peserta Muda dari Saransk, Rusia, telah melatih pasukan tersebut.

Acara terakhir Musim Keenam Program ini adalah Forum Bola Sepak untuk Persahabatan Kanak-kanak Antarabangsa 2019 yang diadakan pada 13 Jun di Pusat Oseanografi dan Biologi Marin "Moskvarium". Acara itu telah menerima kunjungan dari Viktor Zubkov (Pengerusi Lembaga Pengarah Gazprom Company), Olga Golodets (Timbalan Pengerusi  Kerajaaan Persekutuan Rusia), Iker Casillas (Pemain bola sepak Sepanyol, bekas ketua pasukan kebangsaan), Aleksandr Kerzhakov (Pemain bola sepak Rusia, jurulatih pasukan bola sepak belia Rusia), serta wakil-wakil dari 54 kedutaan dari seluruh dunia dan tetamu lain[29].

Semasa Forum tersebut, Pemain Muda terbaik Musim Keenam telah mendapat anugerah: Deo Kalenga Mwenze dari Republik Demokratik Congo (pemain terbaik), Yamiru Ouru dari Benin (pemain tengah terbaik), Ivan Volynkin dari Wales (penjaga gol terbaik) dan Gustavo Cintra Rocha dari Brazil (MVP)[30].

Sakali Ascension dari Aruba telah memenangi Wartawan Muda Terbaik bagi Program Bola Sepak untuk Persahabatan 2018, Beliau mengendalikan sebuah blog yang menggalakkan para belia di Oceania untuk lebih meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar[31].

Forum itu juga menjadi tuan rumah penyampaian buku dan sesi tandatangan peserta Musim lalu, Ananya Kamboj[32] dari India. Ananya telah menulis sebuah buku bertajuk "Perjalanan saya dari Mohali ke St. Petersburg"  (My journey from Mohali to St. Petersburg) selepas Musim Kelima 2017 Bola Sepak untuk Persahabatan, yang menggambarkan pengalamannya sebagai seorang Wartawan Muda. Dalam bukunya beliau telah menulis tentang Sembilan Nilai dalam Program tersebut, yang membantu mengubah dunia menjadi lebih baik.

Pada 14 Jun, selepas Forum Bola Sepak untuk Persahabatan Kanak-kanak Antarabangsa 2018, para Pemain Muda dan Wartawan telah mengambil bahagian dalam upacara perasmian Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia. Di stadium "Luzhniki", dengan penuh takzim kanak-kanak telah menaikkan bendera 211 negara dan rantau yang menyertai Program tahun itu[33]. Selepas itu, para Peserta Muda Bola Sepak untuk Persahabatan telah menonton pertandingan pembukaan antara pasukan Rusia dan Arab Saudi.

Presiden Persekutuan Rusia Vladimir Putin telah menjemput Duta Besar Rusia Bola Sepak untuk Persahabatan iaitu Albert Zinnatov ke ruang tontonnya untuk menonton perlawanan pembukaan bersama-sama. Di sana para belia berpeluang untuk berbual dengan Juara Piala Dunia dari Brazil iaitu Roberto Carlos dan pemain sepak bola Sepanyol iaitu Iker Casillas[34].

Lebih daripada 1500 kanak-kanak dan belia dari 211 negara dan rantau menjadi peserta acara akhir yang diadakan di Moscow. Secara keseluruhannya, lebih daripada 180 acara yang menganjurkan lebih daripada 240,000 peserta muda[35] telah dianjurkan semasa Musim Keenam di beberapa rantau di dunia. Pada tahun 2018, wakil-wakil Pihak Berkuasa telah menyokong projek tersebut. Olga Golodets telah membaca ucapan alu-aluan dari Presiden Rusia Vladimir Putin kepada para peserta dan tetamu semasa Forum Kanak-kanak Antarabangsa. Pengerusi Kerajaan Persekutuan Rusia iaitu Dmitry Medvedev menghantar telegram alu-aluan kepada para peserta dan tetamu semasa Forum Bola Sepak untuk Persahabatan Kanak-kanak Antarabangsa[36].

Semasa taklimat pada 23 Mei, Wakil Rasmi MIA Rusia, Maria Zakharova menyebut bahawa pada masa ini masyarakat dunia mengiktiraf Program Bola Sepak untuk Persahabatan sebagai sebuah bahagian penting kemanusiaan yang terdapat dalam dasar sosial antarabangsa Rusia[37].

Seperti biasa FIFA telah menyokong Program Bola Sepak untuk Persahabatan. Organisasi ini menyedari bahawa jumlah peserta dan tetamu pada acara akhir yang diadakan di Moscow telah mencapai 5000 orang[38]

Bola Sepak untuk Persahabatan 2019[sunting | sunting sumber]

Pelancaran musim ketujuh program sosial kanak-kanak antarabangsa "Bola sepak untuk persahabatan" telah berlangsung pada 18 Mac 2019, dan acara-acara akhir program telah diadakan di Madrid dari 28 Mei hingga 2 Jun[39]

Pada 25 April, Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa telah disambut oleh lebih daripada 50 negara di Eropah, Asia, Afrika, Amerika Utara dan Selatan. Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU) juga menyertai perayaan tersebut.[40]

Pada 30 Mei, forum antarabangsa tentang program sosial kanak-kanak anjuran Gazprom bertema “Bola sepak untuk persahabatan” 2019 telah berlangsung di Madrid. Forum ini telah mengumpulkan pakar pakar dari seluruh dunia – iaitu para jurulatih bola sepak, doktor-doktor pasukan kanak-kanak, bintang bola sepak, wartawan dari media antarabangsa terkemuka serta wakil akademi bola sepak antarabangsa dan persekutuan.[41]

Latihan bola sepak paling multinasional di dunia telah berlangsung pada 31 Mei di Madrid. Hasil daripada sesi latihan, “Bola sepak untuk persahabatan” telah mendapat sijil rasmi GUINNESS WORLD RECORDS®.[42]

Sebagai sebahagian daripada musim ketujuh, 32 wartawan muda dari Eropah, Afrika, Asia, Amerika Utara dan Selatan telah membentuk komposisi program pusat akhbar kanak-kanak antarabangsa “Bola sepak untuk persahabatan”, yang merangkumi acara-acara akhir program dan yang telah mengambil bahagian dalam penyediaan kandungan  dengan kerjasama media antarabangsa dan nasional.[43]

Para peserta musim ketujuh telah menyampaikan Piala "Nine Values" (penghargaan diatas program sosial antarabangsa kanak-kanak iaitu "Bola sepak untuk persahabatan") kepada kelab bola sepak Liverpool sebagai pasukan yang paling berpengaruh secara sosial.[44]

Pada 1 Jun, puncak musim ketujuh, pertandingan terakhir kejuaraan dunia “Bola sepak untuk persahabatan”, telah berlangsung di padang Gelanggang UEFA di Madrid. Menurut hasilnya, pasukan “Antiguan Snake” telah bermain bersama pasukan “Tasmanian Devil” dengan skor 1: 1 pada waktu asas perlawanan, dan kemudian memenangi di penentuan penalti dan meraih hadiah utama.[45]

Bola Sepak untuk Persahabatan 2020[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2020, acara-acara akhir musim kelapan “Bola Sepak untuk Persahabatan” telah dijalankan secara atas talian di platform digital dari 27 November hingga 9 Disember 2020. Lebih daripada 10 000 peserta dari lebih 100 negara di dunia telah menyertai acara-acara penting itu.[46]

Untuk musim kelapan, program “Bola Sepak untuk Persahabatan” telah mengadakan sebuah simulator bola sepak atas talian untuk berbilang pemain, di mana kejuaraan “Bola Sepak untuk Persahabatan” sedunia 2020 atas talian telah diadakan. Permainan ini boleh dimuat turun di seluruh dunia dari 10 Disember 2020 – iaitu pada Hari Bola Sepak Sedunia. Pengguna berpeluang untuk menyertai perlawanan yang mengikuti peraturan “Bola Sepak untuk Persahabatan”, sambil bersatu dengan pasukan-pasukan antarabangsa. Permainan berbilang pemain didasarkan pada nilai-nilai teras program, seperti persahabatan, kedamaian dan persamaan.[47]

Pada 27 November, cabutan terbuka untuk Kejuaraan Bola Sepak sedunia (atas talian), “Bola Sepak untuk Persahabatan” 2020 telah berlangsung.[48]

Dari 28 November hingga 6 Disember, telah diadakan sebuah kem persahabatan antarabangsa (atas talian) dengan program pendidikan kemanusiaan dan sukan untuk kanak-kanak.[49]

Dari 30 November hingga 4 Disember, sesi forum antarabangsa "Bola Sepak untuk persahabatan" telah diadakan di atas talian, di mana projek untuk pengembangan sukan kanak-kanak telah dibentangkan. Juri pakar menghargai perbentangan projek yang memohon anugerah antarabangsa "Bola Sepak untuk Persahabatan"[50]

Pada 7-8 Disember, kejuaraan “Bola Sepak untuk persahabtan” sedunia atas talian telah diadakan. Kejuaraan tahun ini diadakan secara atas talian di platform digital, dan simulator bola sepak berbilang pemain “Bola Sepak untuk Persahabatan”  telah diusahakan khas untus program ini.[51]

Pada 9 Disember, perlawanan terakhir “Bola Sepak untuk Persahabatan” telah diadakan.[52]

Satu siri webinar untuk kanak-kanak dari pelbagai negara untuk meraikan ulang tahun ke-75 PBB telah berlangsung dalam tempoh berlangsungnya musim kelapan program ini.

Pada musim kelapan program ini, rancangan mingguan "Stadium adalah di mana saya berada” telah dilancarkan bersama para freestyler bola sepak dari seluruh dunia. Dalam setiap episod, para freestyler mengajar duta muda untuk melakukan trik, dan pada akhir setiap episod, pertandingan untuk trik terbaik telah diumumkan. Pertunjukan diakhiri dengan kelas induk global secara atas talian bagi program “Bola Sepak untuk Persahabatan iaitu yang telah  menjadi pemegang rekod dunia Guinness untuk kali kedua dalam kategori jumlah peserta yang terlibat (6 Disember 2020).

Editor Berita Baik -  ialah rancangan mingguan, yang dilancarkan oleh wartawan muda dari “Bola Sepak untuk Persahabatan”, di mana kanak-kanak berkongsi berita positif dengan para penonton dari seluruh dunia.

Kejohanan Dunia Bola Sepak untuk Persahabatan[sunting | sunting sumber]

Kejohanan bola sepak kanak-kanak antarabangsa diadakan dalam rangka program Bola Sepak untuk Persahabatan. Pasukan yang menyertai kejuaraan – Pasukan Persahabatan – dibentuk semasa Cabutan Terbuka. Pasukan tersebut dibentuk berdasarkan prinsip Bola Sepak untuk Persahabatan: olahragawan dari pelbagai negara, jantina dan kebolehan fizikal bermain dalam pasukan yang sama.[53]

Forum Kanak-kanak Antarabangsa mengenai Bola Sepak untuk Persahabatan[sunting | sunting sumber]

Di Forum Kanak-kanak Antarangsa mengenani Bola Sepak untuk Persahabatan tahunan, peserta muda projek ini bersama-sama dengan orang dewasa membincangkan tentang penggalakan dan pembangunan nilai program di seluruh dunia. Dalam Forum ini, kanak-kanak bertemu dan berbual dengan rakan-rakan mereka dari negara lain, pemain bola sepak terkenal, wartawan dan tokoh masyarakat selain menjadi duta muda yang akan terus menggalakkan nilai sejagat dalam kalangan rakan sebaya mereka pada masa depan.[54]

Pusat Akhbar Kanak-Kanak Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Satu ciri istimewa program Bola Sepak untuk Persahabatan ialah Pusat Akhbar Kanak-Kanak Antarabangsanya sendiri. Pusat ini mula dibentuk di bawah program Bola Sepak untuk Persahabatan pada 2014. Wartawan muda di pusat akhbar membuat liputan acara program di negara mereka: mereka menyediakan berita untuk media sukan nasional dan antarabangsa, mengambil bahagian dalam penghasilan bahan untuk saluran TV Bola Sepak untuk Persahabatan, akhbar Bola Sepak untuk Persahabatan kanak-kanak dan stesen radio rasmi program. Pusat Akhbar Kanak-kanak Antarabangsa menyatukan pemenang pertandingan kebangsaan Wartawan Muda Terbaik, pemblog muda, jurugambar dan penulis. Wartawan muda dari pusat akhbar membentangkan pandangan mereka dari dalam program, melaksanakan format "kanak-kanak tentang kanak-kanak".[55]

Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Di bawah program Bola Sepak untuk Persahabatan, Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa disambut pada 25 April. Hari cuti ini diraikan buat kali pertama pada tahun 2014 di 16 negara. Pada hari cuti tersebut, perlawanan persahabatan, aksi rasa kilat, maraton radio, kelas pakar, rancangan televisyen, sesi latihan terbuka dan dsbnya telah dijalankan. Lebih 50,000 orang mengambil bahagian dalam keraian tersebut.[56]

Pada tahun 2015, Hari Bola Sepak dan Persahabatan diraikan di 24 negara. Semasa perayaan, telah berlangsung perlawanan bola sepak persahabatan dan acara lain. Di Jerman, pemain bola sepak Schalke 04 mengadakan sesi latihan terbuka, Serbia menganjurkan pertunjukan TV, Ukraine – pertandingan antara pasukan junior Volyn FC dan kanak-kanak yang berdaftar di pusat bandar raya Lutsk untuk khidmat sosial bagi keluarga, kanak-kanak dan orang muda.[57]

Di Rusia, Hari Bola Sepak dan Persahabatan disambut pada 25 April di 11 bandar. Pertandingan bola sepak persahabatan diadakan di Vladivostok, Novosibirsk, Yekaterinburg, Krasnoyarsk, Barnaul, St Petersburg dan Saransk, untuk mengingat kembali nilai utama program. Di Krasnoyarsk, Sochi dan Rostov-on-Don, Larian Berganti-ganti Persahabatan telah diadakan dengan penyertaan pembawa obor daripada pasukan Lari Berganti-ganti Obor Olimpik 2014. Kejohanan Peluang Sama Rata telah dianjurkan dengan sokongan Persekutuan Sukan Orang Buta di Moscow. Pada 5 Mei, Hari Bola Sepak dan Persahabatan disambut di Nizhny Novgorod dan Kazan.[8]

Pada tahun 2016, Hari Bola Sepak dan Persahabatan disambut di 32 buah negara. Di Rusia, sambutan ini diraikan di sembilan bandar: Moscow, St. Petersburg, Novosibirsk, Barnaul, Birobidzhan, Irkutsk, Krasnodar, Nizhny Novgorod dan Rostov-on-Don. Nizhny Novgorod menjadi tuan rumah perlawanan persahabatan bagi pemain muda daripada Volga FC dan pemain dewasa daripada kelab itu telah menjalankan sesi gerakan memanaskan badan dan latihan untuk anak-anak. Dalam perlawanan persahabatan di Novosibirsk, kanak-kanak kurang upaya telah mengambil bahagian – pasukan wilayah Novosibirsk Yermak-Sibir.[15]

Pada tahun 2017, Hari Bola Sepak dan Persahabatan disambut di 64 negara. Pemain bola sepak terkenal, termasuk pemain pertahanan Serbia Branislav Ivanovich dan penyerang Belanda, Dirk Kuyt, mengambil bahagian dalam acara di seluruh dunia. Di Greece, acara ini dihadiri oleh Theodoras Zagorakis, pemenang Kejohanan Bola Sepak Eropah 2004 dengan pasukan kebangsaan negaranya. Di Rusia, Zenit FC menjadi tuan rumah sesi latihan khas untuk Zakhar Badyuk, Duta muda program Bola Sepak untuk Persahabatan di 2017. Semasa latihan, penjaga gol Zenit FC Yury Lodygin memberikan penarafan yang tinggi kepada kebolehan Zakhar dan berkongsi rahsia penjaga gol dengannya.[19]

Sembilan nilai dalam Bola Speak untuk Persahabatan[sunting | sunting sumber]

Semasa Forum Kanak-kanak Antarabangsa Tahunan Pertama yang diadakan pada Mei 25, 2013, Duta-duta Muda dari Great Britain, Jerman, Slovenia, Hungary, Serbia, Bulgaria, Greece dan Rusia telah menemukan lapan nilai pertama bagai Program tersebut iaitu - persahabatan, kesamarataan, keadilan, kesihatan, keamanan, kesetiaan, kemenangan, dan tradisi – dan menyampainya dalam sebuah Surat Terbuka. Surat itu telah dihantar kepada Ketua-ketua Organisasi Sukan Antarabangsa: Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), the Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Pada September 2013, semasa Joseph Blatter bermesyuarat dengan Vladimir Putin dan Vitalii Mutko beliau telah mengesahkan penerimaan Surat tersebut dan mengisytiharkan bahawa beliau bersedia untuk menyokong Bola Speak untuk Persahabatan[11].

Pada 2015, para peserta dari China, Jepun dan Kazakhstan telah menyertai Program Bola Speak untuk Persahabatan tersebut kemudian telah membuat usul untuk menambah nilai kesembilan iaitu – kehormatan[58].

Piala Nine Values[sunting | sunting sumber]

Piala Nine Values ialah anugerah Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Bola Sepak untuk Persahabatan. Setiap tahun Piala ini dianugerahkan kepada peserta yang memiliki komitmen yang besar terhadap nilai projek: persahabatan, persamaan, keadilan, kesihatan, keamanan, kesetiaan, kemenangan, tradisi dan kehormatan. Peminat dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam pemilihan pemenang, tetapi keputusan akhir dibuat oleh para peserta projek Bola Sepak untuk Persahabatan dengan mengundi. Kelab bola sepak yang pernah meraih Piala Nine Values: Barcelona (2015), Bayern Munich (2016), Al Wahda (Hadiah Istimewa), Real Madrid (2017).[59]

Rantai Tangan Persahabatan[sunting | sunting sumber]

Semua aktiviti bola sepak untuk program Bola Sepak untuk Persahabatan bermula dengan pertukaran Gelang Persahabatan, simbol kesetaraan dan gaya hidup yang sihat. Gelang ini terdiri daripada dua benang biru dan hijau dan boleh dipakai oleh sesiapa sahaja yang berkongsi nilai program.[60]

Menurut Franz Beckenbauer

"Simbol pergerakan itu ialah dua warna, sifatnya ringkas dan mudah difahami sebagai nilai yang wujud daripada program Bola Sepak untuk Persahabatan.

Peserta muda dalam program ini telah mengikat Gelang Persahabatan pada pergelangan tangan ahli sukan terkenal dan tokoh masyarakat, termasuk: Dick Advocaat [60], Anatoly Timoshchuk dan Luis Netu, Franz Beckenbauer, Luis Fernandev, Didier Drogba, Max Meyer, Fatma Samura, Leon Gorecka, Domenico Krishito, Michel Salgado, Alexander Kerzhakov, Dimas Pirros, Miodrag Bozovic, Adelina Sotnikova, Yuri Kamenets.[61]

Aktiviti peserta dalam antara musim[sunting | sunting sumber]

Pemain bola sepak muda daripada program Bola Sepak untuk Persahabatan mengambil bahagian dalam pelbagai acara di luar musim rasmi. Pada bulan Mei 2013, pemain daripada kelab bola sepak junior Maribor (Slovenia) mengadakan perlawanan persahabatan amal dengan kanak-kanak Kemboja. Pada 14 September 2014 di Sochi, peserta Rusia dalam program itu bercakap dengan Vladimir Putin semasa pertemuan Presiden Persekutuan Rusia dengan Presiden FIFA Sepp Blatter.[62] Pada bulan Jun 2014, Presiden Perancis Francois Hollande menjemput pasukan Taverni, ahli program Bola Sepak untuk Persahabatan, ke Istana Elysee untuk menyaksikan pertandingan Piala Dunia FIFA 2014 di antara Perancis dengan Nigeria. Pada bulan April 2016, Yuri Vashchuk, duta program Bola Sepak untuk Persahabatan pada tahun 2015, bertemu dengan lelaki paling kuat dari Belarus, Kirill Shimko dan pemain bola sepak muda daripada BATE FC untuk berkongsi pengalaman mereka dalam menyertai projek. Yuri Vashchuk menghadiahi Kirill Shimko dengan Gelang Persahabatan yang simbolik, sekali gus simbol kepada Kirill untuk menyambung usaha dalam menggalakkan konsep projek: persahabatan, keadilan, gaya hidup yang sihat.[63]

Anugerah dan hadiah[sunting | sunting sumber]

Program Bola Sepak untuk Persahabatan telah memenangi pelbagai pertandingan di samping penerima sejumlah anugerah di peringkat antarabangsa dan juga di Rusia. Antaranya ialah: "Projek Sosial Terbaik Rusia "dalam kategori" Pembangunan Kerjasama Antarabangsa", Anugerah Gold Quill Persatuan Antarabangsa Penghubng Pernigaan (IABC) dalam kategori" Tanggungjawab Sosial Korporat" (2016), Anugerah Saber dalam kategori "Projek Sosial Planet Terbaik" (2016), Anugerah Drum Social Buzz dalam kategori "Strategi Antarabangsa Terbaik" (2017)[64], Anugerah Antarabangsa untuk Penyelesaian Pemasaran Digital Inovatif dalam kategori "Strategi Media Terbaik" (2017)[65], "Silver Archer" dalam kategori "Projek Sosial Terbaik Rusia" (2018) dan Grand Prix "Silver Archer" (2018).

  1. ^ https://www.sportindustry.biz/news/football-friendship-project-returns
  2. ^ inserbia.info/today/2014/04/gazproms-football-for-friendship-2014
  3. ^ www.newswire.ca/en/story/1505319/europe-and-asia-to-meet-within-football-for-friendship-international-children-s-social-project-of-gazprom
  4. ^ www.prnewswire.com/news-releases/young-football-players-from-24-countries-of-europe-and-asia-meet-at-third-international-childrens-football-for-friendship-forum-506472841.html
  5. ^ https://archive.is/20150515191023/http:/fcbusiness.co.uk/news/article/newsitem=2379/title=franz+beckenbauer+kicks+off+gazprom%92s+%91football+for+friendship%92+campaign
  6. ^ www.ntv.ru/sport/627113
  7. ^ https://web.archive.org/web/20150522173321/http:/www.epochtimes.de/service/vladimir-putin-und-fifa-praesident-joseph-s-blatte-bei-football-for-friendship-222
  8. ^ a b www.euronews.com/2014/05/27/football-for-friendship-teaching-values-through-football
  9. ^ www.lazionews.eu/settore-giovanile/oltre-450-ragazzi-riuniti-da-gazprom-in-occasione-del-secondo-forum-internazionale-football-for-friendship/
  10. ^ a b c www.noodls.com/viewNoodl/28582380/oao-gazprom/young-football-players-from-24-countries-of-europe-and-asia-
  11. ^ a b www.prnewswire.com/news-releases/young-football-players-from-24-countries-of-europe-and-asia-meet-at-third-international-childrens-football-for-friendship-forum-506472841.html
  12. ^ www.mirror.co.uk/sport/football/news/franz-beckenbauer-reveals-hes-barcelona-7695610
  13. ^ www.sgb-sports.com/index.php/fourth-gazprom-football-for-friendship-project-launches/
  14. ^ https://rbth.com/sport/2016/03/31/gazprom-soccer-project-unites-worlds-children-for-4th-year_580729
  15. ^ a b c www.prnewswire.co.uk/news-releases/fourth-international-football-for-friendship-forum-brings-together-young-footballers-from-three-continents-581479171.html
  16. ^ www.live5news.com/story/34934258/fifth-season-of-gazproms-football-for-friendship-international-childrens-project-launched
  17. ^ finance.dailyherald.com/dailyherald/news/read/33918303/Fifth_Season_of_Gazprom's_Football_for_Friendship_International_Children's_Project_Launched
  18. ^ https://www.merrilledge.com/research/story?stryKey=600-201703161740PR_NEWS_USPRX____enUK201703165338-1
  19. ^ a b c www.newswit.com/.gen/2017-03-17/bafb838790ea60129b53d1add5e4ee99/
  20. ^ https://www.24sata.hr/sport/nogomet-za-prijateljstvo-novi-ciljevi-uz-djecu-iz-64-drzave-531487
  21. ^ stomp.straitstimes.com/singapore-seen/12-year-old-sporean-messi-wins-global-football-contest-in-russia
  22. ^ www.thedailystar.net/sports/football/time-defender-bangladesh-1543027
  23. ^ Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia - AHMAD BIN ALI, Species Yu Baharu - Angel Shark, BERITA PERIKANAN, 1997. Dicapai pada 27 April 2018.
  24. ^ www.chronicle.co.zw/russia-opportunity-for-zim-youngsters/
  25. ^ www.africanews.com/2018/02/17/football-for-friendship-draw-held-ahead-of-the-2018-world-cup//
  26. ^ https://www.sovsport.ru/others/lifestyle/articles/1059219-shikarnyj-futbol-krepkaja-druzhba
  27. ^ https://www.sovsport.ru/others/lifestyle/articles/1058343-ih-podruzhil-futbol
  28. ^ https://www.sport-express.ru/football/gazprom/news/yunyy-trener-iz-rossii-stal-chempionom-mira-po-futbolu-dlya-druzhby-1420530/
  29. ^ https://www.sport-express.ru/football/gazprom/reviews/more-schastya-druzhby-i-futbola-1428124/
  30. ^ https://www.sovsport.ru/others/lifestyle/articles/1059219-shikarnyj-futbol-krepkaja-druzhba
  31. ^ https://www.sovsport.ru/others/lifestyle/articles/1059219-shikarnyj-futbol-krepkaja-druzhba
  32. ^ https://www.sport-express.ru/football/gazprom/reviews/more-schastya-druzhby-i-futbola-1428124/
  33. ^ https://rsport.ria.ru/russia2018_news/20180615/1138055010.html
  34. ^ https://www.sport-express.ru/football/gazprom/news/yunyy-posol-futbola-dlya-druzhby-vstretilsya-s-prezidentom-rossii-na-chm-v-moskve-1424143/
  35. ^ https://www.sport-express.ru/football/gazprom/news/uchastniki-futbola-dlya-druzhby-iz-211-stran-i-regionov-pribyli-v-moskvu-1419265/
  36. ^ http://government.ru/gov/persons/183/telegrams/32841/
  37. ^ http://www.mid.ru/ru/press_service/spokesman/briefings/-/asset_publisher/D2wHaWMCU6Od/content/id/3231268##23
  38. ^ https://www.fifa.com/worldcup/news/211-countries-and-regions-took-part-in-the-sixth-international-football-for-frie
  39. ^ http://business.dailytimesleader.com/dailytimesleader/news/read/37931695/Football_for_Friendship_Launches_Its_Seventh_Season
  40. ^ https://www.prnewswire.com/news-releases/international-day-of-football-and-friendship-celebrated-in-schools-around-the-world-300837486.html#:~:text=Gazprom%20Football%20for%20Friendship&text=MOSCOW%2C%20April%2025%2C%202019%20%2F,Africa%2C%20North%20and%20South%20America.
  41. ^ https://sputniknews.com/agency_news/201905301075473427-forum-children-experts/
  42. ^ https://www.guinnessworldrecords.com/world-records/547224-most-nationalities-in-a-football-soccer-training-session
  43. ^ https://tass.com/press-releases/1061492
  44. ^ https://sputniknews.com/society/201906041075611076-football-friendship-madrid/
  45. ^ https://www.euronews.com/2019/06/06/football-for-friendship-international-programme-for-kids-breaks-records-and-teaches-sports
  46. ^ https://footballforfriendship.com/
  47. ^ https://sputniknews.com/sport/202011051081023614-new-football-simulator-football-for-friendship-to-be-released-on-world-football-day/
  48. ^ https://www.gazprom-football.com/football-for-friendship/news/newsdetail/children-from-over-100-countries-to-take-part-in-football-for-friendship-eworld-championship/
  49. ^ https://footballforfriendship.com/friendship-camp/
  50. ^ https://footballforfriendship.com/experts-forum/live-broadcast/
  51. ^ https://footballforfriendship.com/world-championship/
  52. ^ https://footballforfriendship.com/live-broadcast-grand-final/
  53. ^ rbth.com/sport/2014/05/30/big_soccer_for_little_europeans_37075.html
  54. ^ www.fifa.com/confederationscup/news/y=2017/m=8/news=confed-cup-hosts-friendship-forum-2902692.html
  55. ^ www.financialexpress.com/india-news/mission-xi-million-picks-chandigarh-girl-ananya-kamboj/689736/
  56. ^ https://www.theguardian.com/football/2015/apr/26/said-and-done-blatter-putin-david-cameron
  57. ^ rbth.com/multimedia/2015/05/12/the-international-day-of-football-and-friendship_95713?crid=325359
  58. ^ http://www.joblenobl.ru/news/287-v-ramkakh-programmy-futbol-dlya-druzhby-uchrezhden-kubok-devyati-tsennostej
  59. ^ www.euronews.com/2017/07/17/f4f-nine-values-cup-2017-goes-to-real-madrid
  60. ^ https://www.theguardian.com/football/2015/apr/26/said-and-done-blatter-putin-david-cameron
  61. ^ www.theboltonnews.co.uk/news/11270319.Interview_sends_Megan_Mackey_to_Champions_League_final/
  62. ^ en.kremlin.ru/events/president/news/19222
  63. ^ www.leparisien.fr/politique/mondial-2014-hollande-invite-deux-clubs-amateurs-a-l-elysee-pour-france-nigeria-28-06-2014-3960541.php
  64. ^ www.socialbuzzawards.com/social-buzz-awards-2017/best-international-strategy/how-to-make-kids-voices-to-be-heard-globally
  65. ^ www.fifa.com/confederationscup/news/y=2017/m=8/news=confed-cup-hosts-friendship-forum-2902692.html