Bongai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bongai atau juga dikenali sebagai Lantak Kudo, Rentak Kuda, atau Petasihl merupakan satu kebudayaan Minangkabau.

Bongai mencapai puncak kemasyhurannya pada 1950-an di mana ia dianggap sebagai kemestian dalam sebarang majlis yang diadakan terutamanya majlis perkahwinan.

Secara mudah Bongai merujuk kepada majlis berbalas pantun secara melagukannya dengan kadang kala diiringi alat muzik. Pada masa dahulu, ia sering diadakan pada waktu malam, selepas balik dari bendang dan huma. Biasanya bermula sekitar pukul sepuluh (selepas solat isyak) sehinggalah sebelum tarhim (azan subuh).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]