Bot Internet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bot Internet, atau juga dikenali sebagai robot web, robot WWW atau secara ringkasnya bot, merupakan aplikasi perisian yang melaksanakan tugas secara automatik di Internet . Biasanya, bot melaksanakan tugas-tugas yang mudah dan memiliki struktur yang berulang-ulang, pada kepantasan yang lebih tinggi berbanding dengan apa yang mungkin dilakukan oleh manusia semata-mata. Penggunaan terbesar bot adalah dalam perangkak web, di mana skrip automatik ini mencari, analisis dan menfail maklumat daripada pelayan web dengan kelajuan berganda berbanding oleh manusia. Setiap pelayan memiliki fail yang dipanggil robots.txt , yang mengandungi kaedah-kaedah bagi pelayan perangkak web perlu patuhi atau dihapuskan.

Selain kegunaannya yang digariskan di atas, bot juga boleh dilaksanakan di mana kepantasan tindak balas yang lebih cepat berbanding manusia diperlukan (contohnya, bot permainan dan robot tapak lelongan) atau kurang biasa dalam situasi di mana peniruan aktiviti manusia diperlukan, sebagai contoh bot sembang.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Conversationalist