Botulisme
Penampilan
Botulisme (Latin, botulus, "sosej") merupakan penyakit yang menyebabkan kekejangan otot yang kadangkala boleh membunuh. Penyakit ini umumnya disebabkan oleh pengambilan makanan yang dicemari toksin botulinum. Penyakit ini tidak berjangkit antara manusia dengan bersentuhan kulit. "Botulisme bayi" ialah jenis kelainan botulisme yang mana spora Clostridium botulinum memasuki saluran pencernaan bayi dan mengkolonisasi usus sebelum bakteria simbion berkembang di dalam. Satu lagi jenis kelainan iaitu "Botulisme luka" adalah ketika spora bakteria Clostridium botulinum menjangkiti luka yang terbuka dan melepaskan toksin.[1]