Brown Sahib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Brown Sahib ialah ungkapan dari Pakistan bagi menyebutkan seseorang penduduk asli Asia Selatan yang mencontohi gaya hidup Barat, biasanya negara-negara berbahasa Inggeris semisal United Kingdom.[ petikan diperlukan ] Istilah ini juga diguna pakai bagi mereka yang telah banyak dipengaruhi oleh budaya dan pemikiran-pemikiran Barat. Istilah ini kebanyakannya digunakan sebagai cacian atau hinaan. Secara penerapannya, istilah Brown Sahib melampaui sekadar daripada menirukan gaya hidup Barat.[ petikan diperlukan ] Brown Sahib mempunyai perspektif berat sebelah bahawa kebudayaan Barat lebih mulia berbanding kebudayaan Timur.[ petikan diperlukan ] Beberapa tahun kebelakangan ini, istilah ini juga diguna bagi mengkritik warga Pakistan yang senang dengan hal-hal dari Eropa, tanpa sebarang kritikan penjajah.