Buda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Ofen" dilencongkan ke sini. Untuk genting, sila lihat Genting Fuorn. Untuk kegunaan lain, sila lihat Buda (nyahkekaburan).
Buda pada Zaman Pertengahan

Buda (sebutan Hungary: [ˈbudɒ]) merupakan sebuah bekas ibu kota bagi Kerajaan Beraja Hungary dan sejak tahun 1873 merangkumi bahagian barat ibu kota Hungary sekarang iaitu Budapest yang mana terletak di tebing barat Sungai Danube. Buda terdiri daripada satu-per-tiga daripada jumlah keseluruhan luas Budapest yang dipenuhi tanah berhutan dan berbukit. Antara mercu tanda yang terkenal termasuklah Istana kota Buda dan Citadella. Rumah kediaman presiden Hungary, Istana Sándor, juga terletak di Buda.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Bendera Buda sebelum tahun 1873.[1]
Jata bersejarah Buda, digunakan antara tahun 1703-1873.[1]

Istana kota dan istana Buda telah dibina oleh Raja Béla IV dari Hungary pada tahun 1247, dan kemudian dibangunkan menjadi kota Buda, dan menjadi semakin penting, dan pada tahun 1361 mejadi ibu kota bagi Hungary.[2]

Mekipun Pest diduduki oleh majoriti orang Hungary pada kurun ke-15, Buda didiami oleh majoriti orang Jerman;[3] bagaimanapun berdasarkan Perbendaharaan Diraja Hungary, ia didiami oleh majoriti orang Hungary dengan minoriti orang Jerman yang agak ramai pada tahun 1495.[4] Buda terletak dalam wilayah tengah Hungary yang diperintah oleh Uthmaniyyah bermula pada tahun 1541 sehingga 1686. Ia merupakan ibu kota wilayah Budin semasa era Uthmaniyyah. Menjelang pertengahan kurun ke-17, Buda didiami oleh majoriti orang Muslim, sebahagian besarnya datang daripada wilayah Muslim Balkan.[5]

Pada tahun 1686, dua tahun selepas kegagalan Pengepungan Buda, satu kempen baharu Eropah mula memasuki Buda, yang mana dahulunya adalah bekas ibu kota Hungary pada Zaman Pertengahan. Pada masa ini, tentera Liga Suci adalah dua kali ganda besarnya, terdiri daripada lebig 74,000 askar, daripada Jerman, Belanda, Hungary, England, Sepanyol, Czech, Perancis, Croatia, Burgundy, Denmark dan Sweden, bersama-sama orang-orang Eropah lain yang bekerja sebagai sukarelawan, juru meriam dan pegawai. Tentera Kristian berjaya menakluk semula Buda (lihat Pengepungan Buda).

Selepas penaklukan semula Buda, bourgeoisie daripada pelbagai kawasan selatan Jerman memasuki kota yang hampir ditinggalkan ini. Jerman yang masih berpegang teguh pada bahasa mereka — mula berasimilasi dengan orang-orang Hungary dan Serbia yang tinggal di sini.[3] Sebaik penduduk kampung berpindah ke Buda, pada kurun ke-19 secara perlahan-lahan orang Hungary menjadi penduduk majoriti di Buda.

Bandar berkembar[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Nyerges, András, penyunting (1998). Pest-Buda, Budapest szimbólumai [Budapest arms & colours: throughout the centuries]. Budapest: Budapest Főváros Levéltára. m/s. 2. 
  2. ^ The Budapest article of Encyclopædia Britannica 1911
  3. ^ a b "Budapest". A Pallas Nagy Lexikona (dalam bahasa Hungarian). Dicapai 2009-11-03. 
  4. ^ Károly Kocsis (DSc, University of Miskolc) – Zsolt Bottlik (PhD, Budapest University) – Patrik Tátrai: Etnikai térfolyamatok a Kárpát-medence határon túli régióiban, Magyar Tudományos Akadémia (Hungarian Academy of Sciences) – Földrajtudományi Kutatóintézet (Academy of Geographical Studies); Budapest; 2006.; ISBN 963-9545-10-4, CD Atlas
  5. ^ Faroqhi, Suraiya (1994). "Crisis and Change, 1590-1699". dalam İnalcık, Halil; Donald Quataert. An Economic and Social History of the Ottoman Empire, 1300-1914. 2. Cambridge University Press. m/s. 440. ISBN 0-521-57456-0. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Richard Brookes (1786), "Buda", The General Gazetteer (edisi 6th), London: J.F.C. Rivington 
  • David Brewster, penyunting (1830). "Buda". Edinburgh Encyclopædia. Edinburgh: William Blackwood. 
  • John Thomson (1845), "Buda", New Universal Gazetteer and Geographical Dictionary, London: H.G. Bohn 
  • Charles Knight, penyunting (1866). "Buda". Geography. English Cyclopaedia. 2. London: Bradbury, Evans, & Co. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 47°28′N 19°03′E / 47.467°N 19.050°E / 47.467; 19.050