Bukit Parlimen, London

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini ialah mengenai bukit di London, England. Untuk kegunaan lain, sila lihat Bukit Parlimen.
Pemandangan London Tengah dari atas Bukit Parlimen.

Bukit Parlimen adalah sebuah kawasan taman terbuka di sudut tenggara Hampstead Heath di London barat laut. Bukit yang mempunyai ketinggian sekitar 98 meter (322 kaki) ini terkenal untuk melihat pemandangan latar langit ibu negara. Banyak mercu tanda boleh dilihat di atas puncak bukit ini seperti Canary Wharf, 30 St Mary Axe (the Gherkin), The Shard dan Katedral St Paul.

Bangunan Parlimen yang terletak 6¼ batu (10.1 kilometer) selatan bandaraya Westminster boleh dilihat dari Bukit Parlimen walaupun ia menjadi agak terhalang kerana bangunan-bangunan sekelilingnya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Satu bonggol yang terletak di Bukit Parlimen mungkin merupakan monggok perkuburan Zaman Gangsa.[1] Pada tahun 1133, bukit itu merupakan sebahagian daripada manor yang Raja Henry I berikan kepada seorang baron yang dipanggil sebagai Richard de Balta. Semasa pemerintahan Henry II, ia diberikan kepada Alexander de Barentyn, pelayan khas raja. Kawasan itu yang kemudiannya dikenali sebagai Bukit Pengkhianat (Traitors' Hill), mungkin telah mendapat namanya yang terkini semasa Perang Saudara Inggeris pada abad ke-17, apabila ia diduduki oleh angkatan tentera yang setia kepada Parlimen Inggeris. Satu legenda menyatakan bahawa tempat ini ialah tapak di mana Guy Fawkes dan Robert Catesby merancang untuk melihat kemusnahan Parlimen dalam Komplot Serbuk Letupan pada 5 November 1605.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cherry, Bridget; Pevsner, Nikolaus (1983). Buildings of England: London 2: South. Harmondsworth England: Penguin. m/s. 102. ISBN 0140710477. 
  2. ^ "Parliament Hill Park, But Why?". shadyoldlady.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 27 Mac 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 51°33′37″N 0°09′38″W / 51.56026°N 0.16067°W / 51.56026; -0.16067