Bundesverband Musikindustrie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bundesverband Musikindustrie atau hanya dikenali sebagai BVMI (The Federal Association of Music Industry) adalah persatuan yang mewakili industri muzik di Jerman. Persatuan ini mewakili hampir 280 label dan perusahaan yang berkaitan industri muzik, yang terdiri daripada 90% industri muzik.[1]

Bundesverband Musikindusrie adalah ahli kepada International Federation of the Phonographic Industry (IFPI), yang berpusat di London, England.[1] IFPI merupakan persatuan muzik yang terdiri dari 70 buah negara.[1]

BVMI bekerjasama dengan Media Control Gfk International (diasaskan pada tahun 1976) yang bertanggungjawab menerbitkan carta muzik di Jerman setiap minggu.[2]

Bundesverband Musikindustrie, yang mana bertanggungjawab untuk memberi anugerah pengiktirafan Emas (Gold) dan Platinum diketuai oleh Dieter Gorny, yang telah menjadi pengerusi sejak tahun 2009 lagi.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Über Uns: Aufgaben und Ziele" (dalam bahasa Jerman). Bundesverband Musikindustrie. Dicapai 13 Mac 2010. 
  2. ^ "Unternehmen (The Company)" (dalam bahasa Jerman). Media Control Gfk International. Dicapai 13 Mac 2010. 
  3. ^ "Dieter Gorny als Vorstandsvorsitzender des BVMI bestätigt (Dieter Gorny confirmed as chairman of the BVMI)" (dalam bahasa Jerman). Bundesverband Musikindstie. Dicapai 13 Mac 2010.