Bunuh diri di Ukraine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bunuh diri di Ukraine merupakan antara penyebab utama kematian tidak wajar (unnatural death) dan isu sosial yang serius. Pada tahun 2009, Ukraine menduduki tangga ke-13 sebagai negara paling banyak kadar bunuh diri dunia.[1] Bunuh diri merupakan jenis kematian yang paling biasa di Ukraine. Malahan, ia juga merupakan punca utama kematian tentera Ukraine (data bagi tahun 2012; sebelum permulaan konflik Rusia-Ukrain terjadi).[2]

Statistik[sunting | sunting sumber]

Kadar bunuh diri (per 100,000), mengikut jantina, Ukraine, 1981-2009
Jantina 1981 1985 1990 1995 2000 2005 2009
Lelaki 40.8 37.7 34.6 50.2 52.1 40.9 37.8
Perempuan 9.3 9.1 8.7 9.6 10.0 7.0 7.0
Jumlah 23.7 22.3 20.7 28.4 29.6 22.6 21.2
Sumber: World Health Organization[3]
Jumlah bunuh diri mengikut kumpulan umur dan jantina. Ukraine, 2009
Umur (tahun) 5-14 15-24 25-34 35-44 45-54 55-64 65-74 75+ All
Lelaki 34 906 1504 1423 1710 1020 862 532 7992
Perempuan 19 148 186 216 286 243 313 313 1724
Jumlah 53 1054 1690 1639 1996 1263 1175 845 9716
Sumber: World Health Organization[3]

Bunuh diri di kalangan tentera Ukraine[sunting | sunting sumber]

Bunuh diri adalah penyebab utama kematian di tentera Ukraine menyebabkan 18% hingga 50% daripada semua kematian. Gangguan psikogenik berpanjangan yang disebabkan oleh kesukaran gaya hidup anggita tentera, ketidakupayaan dalam menerima persekitaran dan tekanan hidup adalah sebab utama bunuh diri.[4]

Sebuah kajian yang memantau kelakuan bunuh diri di kalangan tentera Ukrain selama setahun berdasarkan garus panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah dilakukan. Kajian mendapati–[4]

  • Purata umur bagi percubaan membunuh diri adalah 19.9 tahun
  • 65% percubaan bunuh diri memerlukan rawatan hospital, yang lain memerlukan pemeriksaan pesakit luar.
  • Kaedah percubaan bunuh diri yang kerap dilakukan termasuklah–
    • Gantung diri (54.5%)
    • Menoreh diri (27.3%)
    • Terjun dari tingkat yang tinggi (9.1%)
    • Pengambilan ubat secara berlebihan (9.1%).

Kes bunuh diri yang terkenal[sunting | sunting sumber]

  • Oleksandr Kovalenko, pemain bola sepak profesional yang membunuh diri dengan terjun dari pangsapurinya. p
  • Vasyl Yevseyev, pemain bola sepak dan jurulatih yang membunuh diri dengan terjun

Pencegahan[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Ukraine dan juga pelbagai organisasi dalam mahupun luar negara mengambil beberapa langkah berbeza untuk mencegah jenayah bunuh diri di Ukraine. Terdapat pelbagai persatuan yang membantu dan memberi cadangan untuk individu yang cuba membunuh diri.

Persatuan Alamat Cara menghubungi Talian Masa
Telephone of confidence "Stavropyghion-058" Lviv PO Box 1067 1290000, LVIV Telefon 058 Setiap hari 00:00 - 23:00
Odessa 1) Bersemuka 2) Telefon 0487 327715, 0482 226565 Isnin-Jumaat 10:00 - 08:00, Sabtu-Ahad : 19:00 - 08:00
Sumber: Suicide.org[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Suicide rates per 100,000 by country, year and sex (Table)". World Health Organization. Dicapai pada 16 November 2012.
  2. ^ D L Nordstrom. "Ukraine set to act on high suicide burden" (PDF). ncbi.nlm.nih.gov. Dicapai pada 16 November 2012.
  3. ^ a b "Suicide rates (per 100,000), by gender, Ukraine, 1981-2009" (PDF). World Health Organization. Dicapai pada 16 November 2012.
  4. ^ a b "Successful Model of Suicide Prevention in the Ukraine Military Environment" (PDF). Military Suicide Research Consortium. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-02-14. Dicapai pada 16 November 2012.
  5. ^ "Ukraine Suicide Hotlines". Suicide.org. Dicapai pada 16 November 2012.