Burung Madu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Madu
Archilochus-alexandri-002-edit.jpg
Archilochus alexandri betina
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Subkelas: Neornithes
Infrakelas: Neognathae
(tanpa pangkat): Cypselomorphae
Order: Apodiformes
Keluarga: Trochilidae
Vigors, 1825
Subfamili

Phaethornithinae
Trochilinae

Colibri thalassinus menghisap madu bunga

Burung Madu ialah sejenis Burung Kelicap[1] yang berada dalam keluarga Trochilidae.[2] Ia merupakan antara burung terkecil, kebanyakan spesies berukuran dalam julat 7.5–13 cm (3–5 in). Malah, spesies burung masih wujud terkecil ialah burung madu Mellisuga helenae yang sepanjang 5 cm. Ia boleh terapung di udara dengan mengepak-ngepak sayapnya di udara dengan cepat, 12–90 kali sesaat (berbeza mengikut spesies). Untuk menjimatkan tenaga semasa tidur atau apabila kekurangan makanan, burung madu boleh memasuki keadaan serupa-hibernasi (torpor) di mana kadar metabolismanya menurun sehingga 1/15 kadar biasa.[3] Famili ini juga merupakan satu-satunya jenis kumpulan burung yang boleh terbang ke belakang (dan dalam semua arah).[4] Ia boleh terbang dengan kelajuan melebihi 15 m/s (54 km/h; 34 bsj).[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rahsia spesies burung Kosmo! Online
  2. ^ Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta 716. m/s. 138
  3. ^ Hummingbirds Smithsonian Migratory Bird Center
  4. ^ Ridgely, Robert S.; dan Paul G. Greenfield. The Birds of Ecuador, Jilid 2, Field Guide, Cornell University Press, 2001
  5. ^ Clark dan Dudley (2009). "Flight costs of long, sexually selected tails in hummingbirds".Proceedings of the Royal Society of London, Mac 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]