Upih Bakau
Upih Bakau | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | M. cinerea
|
Nama binomial | |
Mycteria cinerea Raffles, 1822
|
Upih Bakau atau Burung botak upih (nama saintifik: Mycteria cinerea[2]) ialah burung randuk besar yang tergolong dalam famili burung botak, Ciconiidae. Spesies ini hidup di Kemboja, dan Semenanjung Malaysia serta juga di pulau-pulau Indonesia seperti Sumatera, Jawa, Bali, Sumbawa, Sulawesi, dan Buton.
Burung ini tergolong dalam spesies terjejas, akibat kehilangan habitat pantai, pemburuan, serta perdagangan.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Burung ini mencapai ketinggian antara 91–97 sm.[3] Kepak burung berukuran selebar antara 435–500 mm[4][5] dan ekor berukuran panjang antara 145–170 mm.[3]
Rupa kedua-dua jantina kelihatan serupa. Badan burung berbulu putih keseluruhannya kecuali pada bulu-bulu kepak terbang dan ekor yang hitam kehijauan.[3][5] Bulu-bulu ini diperhatikan menguning semasa musim membiak sebelum menghilang berikutan mengawan.[6][3][7] Rona warna bulu semakin memudar di setiap lapisan dalam.[6][3]
Kulit muka burung kekelabuan bertompok hitam tidak tentu tempat.[3] Muka ini bertukar warna memerah gelap dengan lorek hitam pada batang paruh dan gelang merah keliling biji mata.[6][3][7] Paruh burung ini tidak bergigi.
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Burung ini memakan beberapa jenis ikan termasuk ikan belacak dan ikan bandeng. Udang dan katak juga diburu dan dimakan.
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Telur dihasilkan burung ini bercangkerang keras.
Perlindungan
[sunting | sunting sumber]Burung ini merupakan spesies dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ BirdLife International (2016). "Mycteria cinerea". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22697651A93627701. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22697651A93627701.en. Dicapai pada 18 January 2022.
- ^ (Melayu) Senarai burung di Kuala Gula – format DOC Diarkibkan 2010-03-08 di Wayback Machine
- ^ a b c d e f g Hancock JA, Kushlan JA, Kahl, MP. (1992). Storks, Ibises and Spoonbills of the World. Academic Press.
- ^ Delacour J, Jabouille P. (1931).Les oiseaux de I’Indochine Francaise, 1–4. Paris: Exposition Coloniale Internationale.
- ^ a b Kuroda N. (1936). Birds of the Island of Java. Tokyo.
- ^ a b c Kahl M. P. (2008). "Comparative ethology of the Ciconiidae. The wood-storks (Genera Mycteria and Ibis)". Ibis. 114: 15–29. doi:10.1111/j.1474-919X.1972.tb02586.x.
- ^ a b Elliot A. (1992). "Family Ciconiidae (storks)", pp. 436–465 in del Hoyo J, Elliot A, Sargatal J. (eds.) Handbook of the birds of the world. Vol. I. Lynx Edicions, Barcelona.
- ^ "Protection of Wild Life Act 1972" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-02-21. Dicapai pada 2012-07-04.
- "Mycteria cinerea". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2006. 2006. Unknown parameter
|downloaded=
ignored (bantuan); Unknown parameter|assessors=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes a range map, a brief justification of why this species is vulnerable, and the criteria used - Carian Google.
- (Inggeris) BirdLife Species Factsheet