Bustanus al-Salatin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bustanus al-Salatin atau yang membawa erti Taman Raja-raja merupakan sebuah kitab hasil karangan Nuruddin al-Raniri yang dihasilkan pada tahun 1636. Ia merupakan salah satu hasil kesusteraan Melayu klasik.


Bab dalam Bustan al-Salatin[sunting | sunting sumber]

  • Bab I: Mengisahkan kejadian tujuh petala langit dan bumi, kejadian Nur Muhammad, malaikat, jin dan iblis. Bab ini terdiri daripada sepuluh fasal.
  • Bab II: Menyatakan kisah nabi-nabi daripada Nabi Adam `alaihi'l-salam hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Juga kisah tentang raja-raja Parsi, Byzantium, Mesir dan Arab. Terdiri daripada tiga belas fasal semuanya.
  • Bab III: Menyatakan segala raja yang adil dan wazir yang berakal. Bab ini terdiri daripada enam fasal.
  • Bab IV: Menyatakan segala raja yang bertapa dan wali-wali yang salihin. Bab ini terdiri daripada dua fasal.
  • Bab V: Mengisahkan segala raja yang zalim dan wazir yang aniaya. Bab ini terdiri daripada dua fasal.
  • Bab VI: Mengisahkan segala orang yang murah lagi mulia dan segala orang yang berani dan besar. Bab ini terdiri daripada dua fasal.
  • Bab VII: Mengemukakan berbagai-bagai hal dalam lima fasal termasuk tentang akal, ilmu dan firasat dan kifarah, ilmu tabib, segala sifat yang ada pada perempuan dan setengah daripada segala hikayat yang ajaib dan ghairah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z