C-123 Provider

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
C-123 Provider
AC Fairchild C123 colour.jpg
HC-123B Provider dari Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Miami.
Peranan Pesawat pengangkut tentera
Pengeluar Chase Aircraft
Fairchild Aircraft
Penerbangan sulung 14 Oktober 1949
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Pengawal Pantai Amerika Syarikat
Kelainan Stroukoff YC-134

Pesawat C-123 Provider digunakan di Vietnam sebagai pengangkut anggota dan barang keperluan di dalam medan perang. Pesawat ini diberikan nama jolokan “Thunder Pig,” boleh beroperasi daripada landasan terbang yang pendek dan landasan yang tidak berturap konkrit.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Pesawat ini sebenarnya adalah pembangunan rekaan sebuah pesawat peluncur (glider) XCG-20 menjadikannya pengangkut yang boleh membawa 67 orang anggota tentera. Enjin yang digunakan adalah enjin piston Pratt & Whitney Double Wasp R2800-23 dengan 2,200 hp setiap satu. Pesawat ini mencatat nama kerana perkhidmatan cemerlangnya di Vietnam.

Dalam tahun 1953, Tentera Udara Amerika Syarikat membuat pesanan untuk 300 buah pesawat C-123B. Pesawat pertama diserahkan kepada Tentera Udara Amerika Syarikat lewat tahun 1954 dan menjadi kegemaran anak kapal kerana tahan lasak dan boleh diharapkan. Keupayaan pelepasan ditambah baik dengan kegunaan dua buah lenggai jet Fairchild J-44 (model C-123J) dan kemudiannya dengan lenggai jet jenis J85 (model C-123K). Kesemuanya, 302 buah pesawat C-123 provider dibina oleh Fairchild.

Perang Vietnam[sunting | sunting sumber]

Pesawat Udara Menyembur Peranggas Agent Orange Di Hutan Belantara Vietnam

Pesawat C-123 mula digunakan di Vietnam dalam tahun 1962. Pesawat ini digunakan di seluruh pelosok Vietnam sebagai pengangkut anggota dan barang-barang. Kebolehannya menggunakan landasan pendek membolehkan unit-unit tentera digerakkan dengan cepat ke merata tempat. Pesawat C-123 menjalankan pelbagai operasi seperti menggugurkan anggota payung terjun, pengangkutan anggota, peluru dan bekalan lain, penyemburan bahan kimia (Agent Orange) , penerbangan ehsan, penerbangan menyelamat, pemindahan udara dan penghantaran pundi bahan api.

Semasa pengepungan pengkalan Khe Sanh dalam tahun 1968, pesawat C-123 Provider dan C-130 Hercules membolehkan penghantaran diteruskan kepada garison di pengkalan tersebut. Apabila keadaan semakin getir dan penerbangan oleh pesawat C-130 Hercules dihentikan, pesawat C-123 Provider menjadi satu-satunya talian hayat anggota marin di Khe Sanh. Apabila keadaan meruncing dan pendaratan tidak lagi boleh dibuat, pesawat C-123 Provider menjalankan operasi pengguguran bekalan menggunakan teknik LAPES.

Pesawat C-123 Provider juga digunakan secara meluas dalam Operasi Ranch Hand menyembur bahan kimia Agent Orange untuk meranggas daun-daun pohon di hutan belantara bagi membolehkan pasukan tentera mengenal pasti kedudukan musuh dan untuk memusnahkan simpanan makanan musuh. Pesawat C-123 Provider akan terbang rendah dan perlahan, seringkali dengan serangan balas musuh untuk membolehkan penyemburan dibuat.

Pesawat C-123 juga diubah suai menjadi pesawat gempur (gunship) di bawah projek Gunship III menggunakan model AC-119G Shadow dan AC-119K Stinger

Penghormatan[sunting | sunting sumber]

Seorang juruterbang pesawat C-123 Provider Lt. Kol Joe M. Jackson menjadi satu-satunya juru terbang pesawat pengangkut yang diberikan anugerah Pingat Kehormatan (Medal Of Honor) semasa Perang Vietnam.

Spesifikasi (C-123K Provider)[sunting | sunting sumber]

C-123 Provider

Ciri umum

  • Anak kapal: 3
  • Kapasiti: 62 penumpang
  • Panjang: 76.25 kaki (23.92 m)
  • Rentang sayap: 110 kaki (33.53 m)
  • Tinggi: 34 kaki (10.36 m)
  • Sayap luas: 1,223 kaki² (113.6 m²)
  • Berat kosong: 35,366 lb (16,042 kg)
  • Berat berisi: 60,000 lb (27,000 kg)
  • Loji kuasa:

Prestasi


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]