Pergi ke kandungan

Cak plong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cak plong adalah sejenis permainan daripada buluh cina, pelurunya daripada buah cenerai atau kertas basah. Di utara Semenanjung Malaysia lebih dikenali sebagai cak plong. Dibuat daripada buluh cina, mempunyai dua bahagian iaitu hulu meriam dan laras meriam. Bahagian laras meriam akan dimasukkan dengan peluru buah cenerai dan ditolak keluar menggunakan hulu.

Bahan untuk membuat cak plong[sunting | sunting sumber]

Hanya dua bahan diperlukan untuk membuat cak plong iaitu:

  • Buluh cina
  • Pisau kecil

Cara pembuatan[sunting | sunting sumber]

  • Lubang - buluh lebih kurang 12 inci akan dipotong bagi memastikan ada lubang bagi kedua-dua belah menggunakan pisau kecil.
  • Hulu - satu bahagian buluh dari bahagian buku untuk dijadikan hulu meriam. Manakala batang buluh diraut halus dan dimasukkan ke bahagian hulu meriam. Batang ini perlu dipastikan dipotong sedikit dari bahagian laras meriam.

Cara permainan[sunting | sunting sumber]

Peluru buah cenerai akan dimasukkan ke dalam laras meriam, peluru akan ditolak keluar menggunakan hulu meriam menghasilkan tembakan yang cukup sakit sekiranya terkena kulit. Dua pihak akan saling berbalas tembakan. Kesan tembakan buah cenerai juga sukar untuk dibersihkan sekiranya terkena pakaian. Cara bermain sama seperti senapang cat dan juga NERF.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. https://budakjitralanie.blogspot.com/2011/05/cakplong-senapang-buluh.html