Callum Hudson-Odoi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Callum Hudson-Odoi
Hudson-Odoi bermain untuk Chelsea pada tahun 2021
Maklumat peribadi
Nama penuh Callum James Hudson-Odoi[1]
Tarikh lahir (2000-11-07) 7 November 2000 (umur 23)[2]
Tempat lahir Wandsworth, England
Ketinggian 5 kaki 10 inci (1.78 m)[3]
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Nottingham Forest
Nombor 14
Kerjaya remaja
2007–2018 Chelsea
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2018–2023 Chelsea 72 (4)
2022–2023Bayer Leverkusen (pinjaman) 14 (0)
2023– Nottingham Forest 13 (1)
Pasukan kebangsaan
2015–2016 England B-16 2 (0)
2016–2017 England B-17 22 (5)
2018 England B-18 2 (1)
2018 England B-19 7 (2)
2019 England B-21 9 (4)
2019 England 3 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:07, 30 Januari 2024 (UTC)

Callum James Hudson-Odoi (lahir 7 November 2000) ialah seorang pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Liga Perdana, Nottingham Forest.

Semasa berkhidmat dengan akademi Chelsea, Hudson-Odoi adalah sebahagian daripada skuad yang memenangi Liga Perdana B-18 pada 2017 serta gelaran Piala Belia FA berturut-turut. Prestasinya di peringkat remaja telah diberi ganjaran pada Januari 2018 apabila dia diberikan penampilan sulung di pasukan senior dan sejak itu dia telah membuat lebih 110 penampilan untuk kelab itu.

Hudson-Odoi juga menikmati kejayaan besar di peringkat remaja untuk England, menjadi sebahagian daripada skuad yang menjadi naib juara Kejohanan Bawah-17 Eropah UEFA dan juga memenangi Piala Dunia B-17 FIFA pada tahun yang sama. Pada Mac 2019, dia menjadi pemain termuda yang membuat penampilan sulung dalam perlawanan kompetitif untuk England, melakukannya dalam kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Republik Czech.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Squad List: FIFA Club World Cup UAE 2021: Chelsea FC" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). FIFA. 9 Februari 2022. m/s. 1. Dicapai pada 25 April 2022.
  2. ^ "Callum Hudson-Odoi: Overview" (dalam bahasa Inggeris). Premier League. Dicapai pada 9 September 2021.
  3. ^ "Callum Hudson-Odoi" (dalam bahasa Inggeris). Chelseafc.com.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]