Campur tangan British di Tanah Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Latar belak ang perluasan kuasa british di perak

Campur Tangan British di Selangor[sunting | sunting sumber]


Perang Kelang 1867-1873[sunting | sunting sumber]

Kekacauan di Selangor berlaku kerana pergaduhan antara pembesar-pembesar dan pergaduhan pelombong-pelombong Cina. Antara 1867 hingga 1873 berlaku Perang Kelang rebutan takhta yang berlaku, anak saudara dan menantunya, iaitu Raja Abdul Samad telah dilantik sebagai sultan dengan mengusir Raja Muda Mahmud. Perlantikan Sultan Abdul Samad telah mendapat bantahan pembesar-pembesar Selangor, terutamanya Raja Mahdi, lebih-lebih lagi Sultan Abdul Samad memutuskan pertunangan Raja Mahdi dengan puterinya Raja Arfah yang dikahwinkan dengan Tengku Kudin, anak Sultan Muhammad Tajuddin (Kedah). Pada tahun 1868, Tengku Kudin dilantik sebagai wizurai atau wakil Sultan Selangor. Perlantikan Tengku Kudin telah mendapat bantahan pembesar-pembesar Selangor seperti Raja Musa (Kuala Selangor), Raja Hitam (Bernam), Raja Ali (Jeram) dan Raja Mahdi (Kelang). Perkembangan Kelang bukan sahaja menyebabkan kedatangan orang-orang Cina, tetapi juga orang-orang Indonesia. Persaingan berlaku antara orang-orang Bugis dan orang-orang Mendeling. Pembunuhan seorang Mendeling oleh beberapa orang Bugis telah memperhebatkan lagi Perang Kelang. Apabila pemerintah Kelang (Raja Abdullah) yang berasal dari keturunan Bugis tidak mengambil tindakan ke atas orang-orang Bugis yang terlibat dalam pembunuhan menyebabkan orang-orang Mendeling menyebelahi Raja Mahdi untuk menentang Raja Abdullah. Dengan bantuan orang-orang Mendeling, pengikut-pengikutnya serta seorang saudagar Cina di Melaka, iaitu Tan Teck Chiang, Raja Mahdi telah menyerang dan menawan Kelang pada tahun 1867. Raja Abdullah dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Melaka. Beliau telah beberapa kali melancarkan serangan untuk menawan semula Kelang sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1870. Pada tahun 1870, putera Raja Abdullah, iaitu Raja Ismail dengan bantuan Tengku Kudin dan seorang saudagar Cina di Melaka, iaitu Lim Teik Yee telah berjaya menawan semula Kelang dari Raja Mahdi. Raja Mahdi melarikan diri ke Kuala Selangor. Dengan bantuan Raja Hitam dan Raja Ali, Raja Mahdi berjaya menawan Kuala Selangor dari Raja Musa pada tahun 1871. Pada Jun 1871, berlaku peristiwa rompakan kapal yang bernama Kim Seng Cheong dari Pulau Pinang ke Larut yang membawa muatan kain, barang makanan dan ternakan. British telah menghantar 2 buah kapal perangnya, iaitu H.M.S. Pluto dan H.M.S. Renaldo ke Kuala Selangor. Ketibaan angkatan British telah menyebabkan lanun-lanun lari diri dari Kuala Selangor. Oleh sebab ketika itu Kuala Selangor diperintah oleh Raja Mahdi, maka British mengarahkan beliau menaiki kapal H.M.S. Renaldo bagi mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah lanun di Kuala Selangor. Keengganan Raja Mahdi telah menyebabkan Kuala Selangor dibedil oleh British lalu ditawan. Oleh sebab ketika itu British masih mengamalkan dasar tidak campur tangan, maka Kuala Selangor diserahkan kepada Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor. Raja Musa kembali ke Kuala Selangor dan menuntut haknya. Keengganan Tengku Kudin untuk menyerahkan Kuala Selangor menyebabkan Raja Musa menyebelahi Raja Mahdi untuk menentang Tengku Kudin. Akibatnya kekacauan di Selangor masoh berterusan. Kekacauan di Selangor semakin hebat akibat pergaduhan pelombong-pelombong Cina di Kanching, iaitu Kah Yeng Chew yang merupakan ahli kongsi Ghee Hin dengan pelombong-pelombong Cina di Kuala Lumpur, iaitu puak Fei Chew yang merupakan ahli kongsi Hai San. Kekacauan bertambah hebat kerana pelombong-pelombong Cina menyebelahi pembesar-pembesar yang bertentangan. Puak Kah Yeng Chew menyebelahi Raja Mahdi dan puak Fei Chew menyebelahi Tengku Kudin. Pada tahun 1868, Yap Ah Loy dilantik sebagai Kapitan Cina di Kuala Lumpur. Pada tahun 1869, orang kanan Yap Ah Loy, iaitu Yap Ah Sze telah dibunuh di Kanching oleh puak Kah Yeng Chew di bawah Chong Chong. Yap Ah Loy dan pengikut-pengikutnya menyerang puak Kah Yeng Chew di Kanching. Chong Chong dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Rawang dan menyebelahi Raja Mahdi kerana puak Fei Chew mendapat bantuan Tengku Kudin. Pada tahun 1872, Raja Mahdi kembali ke Selangor. Dengan bantuan tentera Johor dan puak Kah Yeng Chew, beliau berjaya menawan Kuala Lumpur, Ulu Kelang, Petaling dan Kuala Selangor dengan mengalahkan tentera Tengku Kudin dan Yap Ah Loy. Tengku Kudin kemudiannya mendapatkan bantuan Negeri-negeri Selat untuk menentang Raja Mahdi. Walau bagaimanapun, Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Harry Ord enggan memberi bantuan kerana ketika itu British tidak mengamalkan dasar campur tangan. Tengku Kudin kemudiannya memohon bantuan dari Kedah dan Bendahara Wan Ahmad (Pahang). Dengan bantuan tentera Pahang, Kedah dan pengikut Yap Ah Loy, Tengku Kudin berjaya menawan semula Kuala Lumpur, Ulu Kelang, Petaling dan Kuala Selangor dari Raja Mahdi. Kejayaan Tengku Kudin telah berjaya menamatkan kekacauan Selangor pada bulan Mac 1873.

Kegiatan lanun[sunting | sunting sumber]

Selepas tamatnya Perang Kelang, lanun-lanun di pantai Selangor tetap meneruskan keganasan mereka. Kegiatan pelanunan ini memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke yang baru menyelesaikan campur tangan di Perak untuk bertindak di Selangor.

Pada 16 November 1873, sekumpulan lanun yang disokong oleh putera-putera Sultan Abdul Samad telah menyerang sebuah kapal dagangan Melaka berhampiran dengan Sungai Jugra. 8 orang daripada 9 orang anak kapal yang merupakan rakyat British dibunuh.

Sir Andrew Clarke mengambil kesempatan ini untuk menyokong Tengku Kudin dan meluaskan pengaruh British di Selangor. British berjaya menangkap 9 orang Melayu Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadian itu. Sir Andrew Clarke memaksa Sultan Abdul Samad mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan pada bulan Februari 1874. Lanun-lanun itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati.

Namun demikian, kejadian-kejadian pelanunan masih diteruskan lagi. Pada bulan Ogos 1874, satu kejadian pelanunan telah berlaku dekat Sungai Langat. Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke untuk menghantar Frank Swettenham tinggal dengan Sultan Abdul Samad sebagai ejen tidak rasmi Inggeris.

Sultan Abdul Samad telah kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaan Frank Swettenham dan meminta supaya British melantik seorang residen untuk menasihati baginda. Pada bulan Oktober 1874, J.G. Davidson dilantik sebagai Residen dengan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen.