Carl Johnson (francais: Grand Theft Auto)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carl Johnson
Watak Grand Theft Auto
Fail:CarlJohnsonGTA.png
Sketsa seni rasmi CJ
Kemunculan pertama Grand Theft Auto: San Andreas (2004)
Kemunculan terakhir The Introduction (2004)
Dicipta oleh Rockstar North
Disuarakan oleh Young Maylay
Informasi
Nama panggilan
  • Johnson
  • Mr. C–to–the–Jay
  • Carlito
  • Mister Driver
Pekerjaan
Keluarga
  • "Sweet" Johnson (abang)
  • Kendl Johnson (adik perempuan)
  • Brian Johnson (adik lelaki)
  • Beverly Johnson (ibu)
KewarganegaraanAmerika

Carl "CJ" Johnson ialah watak cereka dan protagonis yang boleh dimainkan dalam permainan video 2004 bertajuk Grand Theft Auto: San Andreas, ansuran utama kelima daripada siri Grand Theft Auto terbitan Rockstar Games. CJ disuarakan oleh Young Maylay, yang juga berperanan sebagai latar belakang sifat dan sikap bagi watak itu.

Dalam ikhtisar permainan ini, CJ ditampilkan sebagai timbalan penjenayah Grove Street Families, samseng redam fiksyen yang berpangkalan di kampung Ganton, bandar Los Santos, wilayah San Andreas (parodi fiksyen Los Angeles, California ). Ketua Grove Street ialah abangnya, "Sweet" Johnson. Persaudaraan di antara CJ dan dirinya menjadi rosak selepas kematian adik lelaki paling kecil mereka, Brian, dalam serangan berdarah dengan samseng lain sebelum peristiwa utama dalam permainan bermula. CJ yang merasa kecewa dengan kehidupan di Los Santos, selepasnya memutuskan untuk bermastautin ke Liberty City pada tahun 1987. CJ hanya mahu balik kampung ketika ibunya, Beverly, telah terbunuh oleh samseng pengganas sama yang membunuh Brian, Ballas. Semasa berusaha bagi meminta maaf kepada rakan dan keluarga kerana merantau, CJ pun perlahan memulakan semula gaya hidup samsengnya sebelum ini. CJ mempunyai keingin ingin menguasai wilayah San Andreas sebagai mafia terkuat, aktivitinya merentasi wilayah itu membuatnya mengenal sekutu baharu dan pihak pentadbir yang senang memakan rasuah darinya. Walaupun pada mulanya seorang CJ ditunjukkan dengan sifat agak naif, kekok dan egois, sifat Carl berubah sepanjang jalan cerita San Andreas. Baik dari sudut mental maupun profesionalismenya. Pada kerjayanya CJ berjaya menjadi seorang penjenayah paling berkuasa dan ahli perniagaan San Andreas, sifat CJ yang semula senang merendahkan orang kini mula belajar bagi menghargai pandangan hidup orang sekelilingnya.

CJ sebagai watak fisyen sebuah permainan video bertemakan pengganas, banyak mendapat pujian positif maupun pujian kritik daripada banyak pijak. CJ merupakan salah satu watak permainan video terhebat dan paling berpengaruh sepanjang zaman.