Carta muzik Poland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Carta muzik Poland adalah dua album carta rasmi dan terkandung dalam tujuh carta single di Poland yang disediakan oleh ZPAV, iaitu Polish Society of the Phonographic Industry (Związek Producentów Audio Video). Album yang pertama adalah Top 100, yang merupakan carta bulanan berdasarkan data yang diterima daripada syarikat album. Manakala yang kedua adalah carta OLIS, yang merupakan carta mingguan berdasarkan data jualan runcit.

Sejak 2010, ZPAV telah menerbitkan versi panjang Polish Airplay di laman rasmi ZPAV. Antaranya seperti:

  • Airplay Chart – lagu paling popular di carta muzik Poland (radio dan TV);
  • Video Chart – video paling popular di MTV Polska, VIVA Polska, VH1 Polska dan 4fun.tv;
  • Dance Club Singles Chart – 50 lagu paling popular dalam kelab;
  • Airplay Chart – New – single popular terbaru minggu ini;
  • Airplay Chart – Up! – lompatan yang besar pada minggu ini;
  • Top Store Chart 50 – lagu paling popular dimainkan di kedai/pusat beli-belah (dua carta).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]