Perayaan Qingming

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Cengbeng)
Jump to navigation Jump to search
Qingming
Ching Ming comforts to heaven.png
Membakar wang neraka
Nama rasmiQingming Jie (清明节)
Hari Menyapu Kubur (清明節)
Perayaan Ching Ming (清明節)
Diamalkan padaCina
KepentinganMengingati nenek moyang
Diamalkan olehMembersihkan dan menyapu kubur, menghormati roh nenek moyang, memberi makanan kepada roh, membakar wang neraka
TarikhHari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga
4, 5 atau 6 Apr

Perayaan Qingming (Cina Tradisional: 清明節, Cina Ringkas: 清明节, pinyin: qīng míng jié), juga dipanggil Pesta Ching Ming, Ceng Beng atau (diterjemah sebagai "Perayaan Jelas dan Terang"), merupakan perayaan Cina yang diadakan pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk (atau hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga), dan lazimnya diadakan sekitar 5 April dalam kalendar Gregorian (lihat kalendar Cina). Pada setiap tahun lompat pula, Qing Ming diadakan pada 4 April. Secara istilah astronomi, perayaan ini merupakan jieqi (lihat Qingming). Dalam jieqi, perayaan Qingming jatuh pada hari pertama jieqi ke-5, yang juga dipanggil Qingming. Namanya menandakan masa bagi orang ramai untuk keluar dari rumah dan menikmati kehijauan musim bunga (踏青 Tàqīng, "memijakkan kaki di atas tanah kehijauan"), dan juga menziarahi kubur orang tersayang yang sudah meninggal. Perayaan Qingming dijadikan cuti umum di Republik China di Taiwan, dan juga di Hong Kong ,Macau dan tanah besar China.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]