Choong Ching Yan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

YB Choong Ching Yan adalah merupakan ahli politik Malaysia dan juga merupakan ahli dewan undangan negeri Tanah Rata.

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pada 15 April 2007, beliau dan pemandunya cedera parah setelah kereta yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah lori di kilometer 57 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Rawang, Selangor. Menurut Ketua Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, ketika kejadian, Choong dari arah Kuala Lumpur sebelum berlanggar dengan sebuah lori dari arah bertentangan yang tiba-tiba hilang kawalan dan masuk ke laluannya.

Katanya, lori kontena satu tan yang membawa muatan gas itu dalam perjalanan dari Kuala Kubu Baru ke Seremban manakala Choong dalam perjalanan pulang ke Cameron Highlands selepas menghadiri mesyuarat di Kuantan.

Menurutnya, penunggang motosikal yang maut dalam kejadian itu ialah Dharal Khalafa Hassan, 22, yang mengalami kecederaan serius di kepala.

Katanya, Ching Yan telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru akibat cedera parah di kepala serta belakang badan dan dipindahkan ke HSB.