Château d'Ancy-le-Franc
Château d'Ancy-le-Franc ialah sebuah istana gaya Renaissance abad ke-16 yang terletak di bandar Ancy-le-Franc di jabatan Yonne, Perancis .
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada asalnya, tapak ini diduduki oleh kubu abad ke-12, yang bertahan sehingga abad keenam belas tamat.
Pembinaan istana sedia ada ini adalah bermula pada 1544, dengan permintaan Antoine III de Clermont, abang ipar kepada Diane de Poitiers dan anak kepada Anne de Husson, countess kepada Tonnerre. Reka bentuk bangunan itu pada asalnya dikaitkan dengan arkitek Itali Sebastiano Serlio, seorang yang telah dijemput ke Perancis oleh Raja Francis I. Selepas kematian Serlio pada tahun 1554 di Fontainebleau, arkitek Pierre Lescot mengambil alih kerja itu tanpa mengubah rancangan asal Serlio. Rekaan dalaman ialah hasil kerja Francesco Primaticcio, seorang yang bekerja di Château de Fontainebleau pada masa itu.
Antoine de Clermont meninggal dunia pada 1578 dan cucunya, Charles-Henri de Clermont menyelesaikan bahagian dalaman. Setelah disiapkan sepenuhnya, istana ini sekarang boleh menambut kedatangan tetamu berprestij seperti Henry III (lawatan ringkas), Henri IV pada tahun 1591, Louis XIII pada tahun 1631 dan Louis XIV pada tahun 1674.
Pada tahun 1683, keluarga Clermont-Tonnerre terpaksa menjual tanah Ancy-le-Franc dan istana itu kepada François-Michel Le Tellier, menteri kepada Louis XIV . Pada tahun berikutnya, Louvois memperoleh seluruh Daerah Tonnerre, (termasuk Château de Maulnes ). Berikutan itu, beliau mengupah arkitek landskap terkenal bernama André Le Nôtre untuk mencipta laluan dan taman di kawasan tersebut.
Selepas Revolusi Perancis, keluarga itu berjaya mendapatkan semula pemilikan istana itu. Dia memulihkan perkarangan dan bahagian dalaman istana itu kepada kegemilangan dahulu.
Pada tahun 1844, Ancy-le-Franc telah dijual kepada Louis Aimé Gaspard de Clermont-Tonnerre, keturunan Antoine III of Clermont. Ia kemudiannya digoperkan antara pelbagai pihak, termasuk putera-putera Merode .
Kini, istana ini dimiliki oleh sebuah syarikat swasta bernama Société Paris Investir SAS. Syarikat tersebut menjalankan pemulihan dan pengiktirafan terhadap istana ini sebagai monumen bersejarah negara.
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Seni bina istana ini ialah kerjasama gaya Perancis dan Itali, disebabkan oleh kompromi antara pemilik Perancis dan arkitek Itali.
Istana ini dibina di atas pelan tengah segi empat tepat. Empat buah rumah menjadikan satu segi empat dan setiap rumah terapit oleh dinding pavilion masing-masing. Pelan ini adalah berdasarkan pelan bernama "pi" yang banyak digunakan di Perancis pada masa itu. Serlio memisahkan kedua-dua aras tersebut dengan tebing yang lebar di kawasan tingkat kedua. Lajur Tuscan digunakan pada tingkat utama dan lajur Doric digunakan pada tingkat kedua. Kawasan tingkat kedua itu telah dibingkai oleh pilaster . Walaupun tingkap boleh didapati dalam setiap ruang sekarang , hal ini tidak sama dengan asalnya. Serlio mahu mencipta reentak yang berselang-seli antara tingkap terbuka dan kawasan lapang. Tingkap-tingkap tambahan memenuhi semua kawasan lapang pada abad ke-17.
Bagi fasad bahagian dalaman, Serlio menggunakan lajur Corinthian pada tingkat pertama dan lajur Komposit pada tingkat kedua. Sekali lagi, dia mencipta rentak yang berselang-seli antara tingkap terbuka dan ceruk yang dibingkai oleh pilaster. Ceruk-ceruk ini dihiasi dengan cangkerang dalaman. Serlio mencipta tiga arked di tingkat bawah untuk mengingatkan Villa Madama .
Serlio dapat memenuhi keperluan berat bangunan dan bumbungnya yang curam dengan cara yang serupa dengan Château de Villandry, iaitu menggunakan batu kapur dari Burgundy.
Dalam istana itu, terdapat mural daripada lukisan Primaticcio atau Niccolò dell'Abbate, serta siling yang disediakan, ukiran kayu halus dan pelbagai hiasan berwarna-warni.