Cicak tanpa kaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anguis fragilis, sejenis cicak tanpa kaki

Cicak tanpa kaki boleh memaksudkan mana-mana kelompok Lacertilia yang kehilangan kaki atau mengecutkan kaki hingga tiada perlunya dalam gerak alih.[1] Inilah nama am untuk famili Pygopodidae,[2] tetapi turut memaksudkan kelompok-kelompok yang lain seperti Anguidae. Cicak jenis ini mudah dibezakan dengan ular berdasarkan sifat-sifat yang berikut: berkelopak mata, bertelinga luaran, tiada sisik perut yang lebar, dan/atau ekor yang sangat panjang (sedangkan ular berbadan panjang dan berekor pendek).[1]

Kebanyakan famili Lacertilia telah mengembangkan ketiadakakian secara sendirian atau banyak mengecutkan kaki-kakinya (yang dianggap tidak berfungsi dalam gerak alih), termasuk contoh-contoh yang berikut:[1]

  • Anguidae – kebanyakan spesies tanpa kaki, termasuk genus-genus Ophisaurus dan Anguis.
  • Cordylidae – genus Chamaesaura.
  • Pygopodidae – ahli-ahli ini dipanggil cicak tanpa kaki kerana ketiadaan kaki hadapan sementara kaki belakangnya tinggal tunggul.[2]
  • Dibamidae – semua ahli famili ini merupakan pengorek lubang tanpa kaki yang hampir buta atau buta sama sekali.
  • Anniellidae – semua ahli famili ini tiada kaki.
  • Gymnophthalmidae – Banyak spesies tanpa kaki dan hampir tiada kaki.
  • Scincidae – Banyak spesies tanpa kaki dan hampir tiada kaki.
  • Gerrhosauridae – Beberapa spesies tanpa kaki atau berkaki tunggul.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Pough et al. 1992. Herpetology: Third Edition. Pearson Prentice Hall:Pearson Education, Inc., 2002.
  2. ^ a b Browne-Cooper, R., Bush, B., Maryan, B., Robinson, D. (2007). Reptiles and Frogs in the Bush: Southwestern Australia. University of Western Australia Press. m/s. 243, 244. ISBN 978-1-920694-74-6.